Alhamdulillah...kita masih berkesempatan untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Dah punch card semua? Hehe. Bukan kerja kat pejabat je kena punch card. Dengan Allah Ta'ala pun kena punch card jugak ye. Pagi Jumaat ni x ada aktiviti luar. Selesaikan urusan dalam rumah yang tak berkesudahan je. Cuci pakaian, kemas rumah, masak dan sebagainya la. Rutin la tu kan. Sekarang dah masuk waktu solat Zuhur. Dah sampai masa untuk kaum lelaki ke masjid menunaikan solat Jumaat.
Apakah hukum solat Jumaat?
"Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.
Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah SAW menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosa jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir."
Kredit untuk halaqah.net. Petang ni Cik Nin akan ke rumah terbuka salah seorang rakan sekerja Cik Nin. Selesai urusan kat situ, terus balik ke kampung. Itu perancangan yang ada... hehe.. masih tertakluk kepada sebarang perubahan semasa. Selamat berhujung minggu buat semua rakan yang bercuti. See u soon
Tiada ulasan:
Catat Ulasan