Sabtu, 17 September 2011

Sebaran sms palsu tentang Munchys

 

Beberapa orang rakan Cik Nin telah menerima sms yang berbunyi : Terkini : JAKIM telah buat serbuan ke atas kilang Munchys, Batu Pahat dan menemui stor arak. Bossnya dengan rasa bangga dan tak rasa bersalah , mengatakan arak tersebut untuk dicampur ke dalam biskut. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara seIslam untuk kepentingan umat Islam. Dari Pegawai JAKIM - Hj. Jalil bin Raihan ( JAKIM PUTRAJAYA)
Mula- mula terkejut la jugak... Munchys ni salah satu biskut kegemaran ramai. Dan memangnya Cik Nin sendiri salah seorang penggemar biskut- biskut Munchys yang pelbagai rasa tu. Bila dirujuk ke laman web JAKIM... dapatlah jawapan sebenarnya. Jawapan boleh dirujuk di : http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/253-kenyataan-media-berkenaan-penyebaran-sms-palsu-biskut-munchys


KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENYEBARAN SMS PALSU BISKUT MUNCHYSPDFCetakemel
Rabu, 14 September 2011 00:43
1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung 
sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat
dan menemui stor arak".

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa 
dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut 
adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah
 mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.
4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal 
di www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.

Polis juga mula menjejak penyebar sms palsu yang bertanggungjawab di atas kejadian tersebut. http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9533090.asp

Polis buru penyebar SMS 


BATU PAHAT – Pihak polis sedang memburu individu bertanggungjawab menyebarkan sistem pesanan ringkas (SMS) palsu, mengenai pembuatan biskut jenama Munchy’s di kilang di Tongkang Pechah, Batu Pahat .

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad (gambar) berkata, kesalahan yang dilakukan individu terbabit adalah serius dan polis menyiasat kes itu, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan SMS palsu.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak terpengaruh dan mudah percaya dengan SMS atau sebarang khabar angin daripada sumber yang diragui kesahihannya.

“SMS berkenaan menjadi SMS berantai apabila disebarkan daripada individu kepada individu yang lain. Ianya membabitkan isu sensitif dan ini adalah perbuatan tidak bertanggungjawab. Hentikan segera penyebaran SMS palsu ini,” katanya di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Batu Pahat, semalam.

Din berkata, pihak pengurusan kualiti kilang Munchy’s di sini, telah membuat laporan di Balai Polis Tongkang Pechah pada 7 September lalu, setelah menyedari penyebaran SMS palsu sejak 29 Ogos

“Pada mulanya pihak kilang menganggap penyebaran SMS itu tidak meluas dan tidak memberi kesan besar, tetapi setelah isu itu, turut dipaparkan di Internet, mereka mengambil keputusan membuat laporan polis,” katanya

Sinar Harian semalam, melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan tidak melakukan serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat yang didakwa menemui stor arak.

Menerusi portal halal, www.halal.gov.my, Bahagian Hab Halal, Jakim mengeluarkan kenyataan menafikan serbuan dilakukan, apatah lagi menemui stor simpanan arak di kilang Munchy’s seperti tertera pada SMS palsu itu.

Kenyataan terbabit juga turut menafikan kewujudan seorang pegawainya yang bernama Haji Jalil Raihan, di mana kononnya menghantar SMS itu adalah kakitangan Jakim di Putrajaya.


Selaku umat Islam, kita mestilah peka dengan pemakanan halal. Pemakanan halal bukan sekadar halal pada zatnya, bahkan halal juga pada sumbernya. Makanan dan minuman akan menjadi darah dan daging kita dan ia juga akan mempengaruhi ibadah kita. Sekiranya ada perkara yag meragukan, rujuklah kepada yang pakar seperti JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ), CAP ( Persatuan Pengguna Pulau PInang), FOMCA ( Federation of Malaysian Comsumers Associations)  dan juga lain- lain pertubuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan