Hari ni hari untuk servis Cik Myvi SE kesayangan. Dah agak lama x diservis. Hitung punya hitung... memang dah wajib diservis. Cik Nin suka servis kereta di Nasrom (M) Sdn. Bhd, Chica, Jalan Pasir Puteh, Kota Bharu. Cik Nin pun dah memang regular customer kat sana. Layanan pun bagus, suasana pun selesa. Petang- petang lepas sekolah sesuai sangat la selesaikan urusan kereta ni.
Selesai serahkan kunci kereta, Cik Nin dan member sorang ni naik ke bilik menunggu. Terpandang la pulak brochure Myvi Extrema 1.5. Mak Oi! Memang mengujakan. Lebih- lebih lagi dengan warna kuning. Memang ummpph la. Kalau la dapat free... indahnya dunia. Hehehe. Mimpi je la. Yang ada pun tak habis bayar lagi.
Ada bebarapa panduan penjagaan kereta yang sempat dibaca secara sekilas pandang. Kita orang perempuan pun kena la tahu jugak serba sedikit panduan menjaga kereta. Takdela nanti dikata, pandai naik je kan.
Bolehlah rujuk Tips Jaga Tayar ,
- Pastikan tayar yang dibeli mempunyai tanda MS’ atau ‘DOT’ atau ‘E’
- Jangan membeli tayar terpakai yang telah melepasi tanda paras amaran botak ( TWI ) dan tayar toreh/korek
- Tukarlah tayar kenderaan anda apabila bunga tayar menyentuh tanda paras amaran botak ( Tread Wear Indicator- TWI )
- Periksa tayar anda setiap kali sebelum memulakan perjalanan dan periksa tekanan angin tayar setiap seminggu sekali
- Lakukan penjajaran dan pengimbangan tayar setiap 10,000km perjalanan atau lakukan dengan segera jika bermasalah contohnya stering kenderaan berasa gegar atau kenderaan lebih cenderung ke satu arah
- lakukan putaran roda setiap 10,000km perjalanan atau mengikut buku panduan pengeluar kenderaan
- Jangan membawa lebih muatan daripada kemampuan tayar ( Rujuk pada carta Indeks Had Muatan )
- Sila hubungi kedai tayar yang bertauliah untuk pemeriksaan dan maklumat lanjut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan