Isnin, 28 November 2011

Hijab With Jelita Contest!

Contest  terbuka kepada semua blogger.... Step untuk join contest ni ada 5 ye.


1. Like fanpage SSJ  dan follow blog SSJ  Done


2. Letakkan banner contest "Hijab with Jelita" di post blog anda dan letakkan tajuk 'Hijab With Jelita Contest!' dan link kan blog SSJ. Done



3. Letakkan gambar anda memakai hijab/shawl/pashmina/tudung express( pape jew yang same waktu dengannya) Done


4.Ceritakan kenangan anda bersama hijab tersebut sekurang-kurangnya 100 patah perkataan


Ehem... ehem... storynya macam ni...

Cik Nin ni suka jugak shopping secara online. Ye la .. kalau ada cara yang memudahkan kita untuk membuat pilihan dan harga pun sesuai... kenapa kita tidak mencuba kan? Cik Nin biasanya pakai tudung bawal ataupun  tudung ekspress. Kadang- kadang pakai jugak tudung bercorak seperti tudung Akel dan Pyramid ( Cik Nin pakai yang bidang 60 untuk lebih selesa ... mungkin sebab Cik Nin tinggi orangnya, rasa macam x sesuai pakai tudung yang kecik ) 

 Alkisahnya, satu hari tu ternampak la koleksi pashmina ni dalam satu laman FB kepunyaan sorang businesswoman online ni. Hehehe.. Hati terus tertawan ngan beberapa helai pashmina yang ada. Nak beli ke tak? Nak beli ke tak? Dah la limited... last2.. memang beli la. Huhu. Sempat la sapu 3 helai pashmina. Bila dah sampai ke tangan.. belek punya belek.. macamana nak pakai ye? Fabrik pashmina tu memang best.. sejuk dan lembut. Nak buat tudung rasa macam segan . ( pemalu rupanya Cik Nin ni...hahaha ) . Takpelah... letak la dulu dalam almari. Janji benda tu dah jadi milik Cik Nin ( dasat jugak rupanya perangai )

Lama kelamaan... hujan pun turun.. sebab musim tengkujuh dah tiba. Cik Nin ni kurus orangnya.. mudah sejuk. Nak pakai baju kot ke tempat keje rasa macam formal sangat. Takkan nak pakai sweater pulak masuk kelas. Haru beb! Aha! Teringat la pulak kat Miss Pashmina 3 helai ni. Jeng! Jeng ! Jeng!... peluang baik ni. Try dulu lah... kemudian  tayang2 depan cermin hikmat kat bilik Cik Nin. Haha. Okeh! jalan. Buat selamba je la. Malu jugak sebenarnya ... sebab rasa macam jangok** je.

Mulai hari tu... Asal hujan je, pashmina tu mesti melekat je kat atas bahu. Niatnya nak hilangkan sejuk je.Tiba2 ada pulak kawan tegur... dah jadi macam model pulak Cik Nin ni ( terperasan sekejap Cik Nin) Alahai.... jangok ke pulak pakai benda alah ni? Kan dah cakap ... jangok!  

Akhirnya.. 3 beradik pashmina yang Cik Nin beli tanpa tujuan dulu tu, kini dah jadi pelengkap gaya Cik Nin, selain pengubat kesejukan dikala hari hujan. Kalau kat sekolah pun.. nama pashmina dah melekat ngan Cik Nin sebab dah jadi familiar sangat Cik Nin ngan pashmina ni. Orang lain tak ada la sampai macam Cik Nin. Nampak sangat kurus kering kan? 

Sehinggalah gambar di atas diambil, pashmina masih menjadi pelengkap gaya Cik Nin sewaktu annual dinner hujung sesi persekolahan yang lepas. Masa tu pun hujan.... dok dalam bilik berhawa dingin pulak tu. So, 2 in 1 la kan?

Bagi Cik Nin, tudung atau apa je yang berperanan menutup aurat mahkota wanita boleh dipelbagaikan. Apa yang penting, keselesaan dan kesesuain kita mengenakan tudung tersebut. Dalam masa yang sama , kita tidak menodai tujuan betudung sebagai memenuhi tuntutan syarak. Tak perlu kita berlebih- lebih dalam berpakaian untuk menampilkan diri sebagai muslimah yang bergaya... sebab kesempurnaan itu ada dalam kesederhanaan.


** Jangok is a kelantanese  word . It means beautiful. gorgeous and so on. Betul ke ni? Nak speaking la pulak. Kalau salah tegur la ye =) 

5. Finally, tinggalkan link anda pada comment dekat bawah. Done

Cara penyertaan cukup mudah. Jangan lepaskan peluang untuk asah bakat buat karangan anda ye! 
 Klik banner comel lote kat atas ye untuk join. Boleh jugak masuk ikut sini
Cik Nin dah tebuk terowong untuk memudahkan blogger lain ke sana. 
Nanti boleh sampai terus ke blog penganjur.
Gud Luck untuk semua!



Giveaway by Fiqa


Si manis Fiqa baru je buat 1 Give Away.. hantam saja la... Cik Nin sesaja join sebab
1. Nak tambah kawan + follower kat blog Cik Nin.
2. Suka2 je.. isi masa lapang
3. Cuba nasib.. hehe. mana la tau kot2 dapat 

Ada 7 syarat /prosedur penyertaan: 
1. dibuka untuk warga blogger
2. follow blog fiqa
3. buat satu post tentang giveaway ini dan kenapa awak join
4. like fan page sponsor
5. letakkan banner di atas di dalam entry korang dan link kan kepada entry ini
6. tagkan kepada 3 orang blogger dan pastikan mereka tahu
7. letakkan link post korang dekat comment entry giveaway ini

Mudah je kan? 
Ada sesapa yang berminat? Sila la join ye. jangan malu dan segan.
Klik kat banner , anda akan dibawa terus ke entry penganjur contest.
Gud Luck! 

Cik Nin tag 3 member Cik Nin;

Contest My Top Referral by Amira Studio

Bila buat blogwalking, banyak benda yang kita boleh dapat. Antaranya dapat sertai contest yang macam2. Tak salah kita mencuba... ada rezeki dapat hadiah. Kalau hadiah tu bukan rezeki kita.. dapat rezeki lain... kawan2 baru la ... hehe
 

Sesiapa yang nak join contest ni... boleh la klik sini ye. Klik banner comel kat atas ni pun boleh jugak. Jangan teragak2 untuk join tau.
Tarikh tutup 31 Disember 2011
Jadi tunggu apa lagi? 

Give Away Rumah Warna Coklat =)

Puan Azizah dari rumahwarnacoklat telah menganjurkan 1 GA sempena genap setahun khidmatnya di Jabatan Alam Sekitar Putrajaya.
 Melalui GA ni, sesapa yang nak join kena buat satu slogan terbaik yang mesra2 alam gitu.Hehehe.

Slogan Cik Nin

"Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama Kerana Alam Sekitar yang Bersih, Selamat, Sihat dan Produktif Adalah Warisan Bersama bagi Generasi Keseterusnya, yang Perlu Dijaga dengan Penuh Rasa Tanggungjawab dan Kebersamaan" 

Cik Nin tag 4 orang member Cik Nin:

Tarikh tutup GA ni adalah 6 Disember 2011 ( Selasa)
Nak join? Jom2. Klik kat sini
So.. cepat2 buat slogan dan join 
Gud Luck untuk semua ( dan diri Cik Nin sendiri.. hehehehe)

Kenapa ini yang harus terjadi?


KUALA LUMPUR: Seorang ibu berusia 75 tahun yang uzur dan lumpuh maut ‘disembelih’ anak lelakinya ketika dia tidur nyenyak di banglo di Taman Bukit Serdang, di sini, pagi semalam. Dalam kejadiaAlangkn jam 10 pagi itu, suspek berusia 35 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental mengambil pisau di dapur rumah mereka dan mengelar leher ibunya yang tidur di atas katil di ruang tamu. 

Difahamkan, ketika kejadian hanya mereka berdua berada di rumah dan suspek yang menerima rawatan di Unit Psikiatri, Hospital Serdang (HS), di sini, diberi tanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh memandangkan suspek tidak bekerja.


Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 10.45 pagi.



“Hasil soal siasat seorang anak mangsa iaitu kakak suspek mendakwa dia datang ke rumah berkenaan untuk berjumpa ibu dan adik lelakinya namun terkejut apabila mendapati ibunya terbaring berlumuran darah.



“Sebaik menyedari kehadiran kakaknya, suspek cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sebelum rebah ke lantai dan kakak membawanya ke HS untuk menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sabtu, 26 November 2011

1st GiveAway by Wan Myzura Collections


Hasil Blogwalking, Cik Nin terjumpa ngan GA ni. Semenjak dua menjak ni, 'hantu' sikit ngan GA ni. Hehehe. 
So, bila dah hantu tu.. memang Cik Nin x lepaskan peluang join ler.

So pakat la join ramai- ramai ye. Di samping memeriahkan GA ni,dapat la jugak mencuba nasib dan dalam masa yang sama menambahkan kawan.
Tarikh Tutup GA ni 31 Disember 2011. Tunggu apa lagi? Join ler 

Cik Nin tag ;



Jom Join My Bloglist

Terima kasih utk Hana sebab jemput Cik Nin join bloglist Hana


Pertama kali menjengah blog yang bertitlekan cicak tersepit =)
Bagi Cik Nin, perubahan yang dibuat pada blog cicak tersepit =) menunjukkan perubahan ke arah peningkatan dalam kematangan pemiliknya. Header yang simple tapi tetap menarik dan kemas. 
Berlatarbelakangkan corak English Garden yang samar... mencetuskan keceriaan pada latar belakang blog. Its a nice transformation Sis.
Cik Nin rasa Hana ni sukakan warna pink... biasalah girlz kan.. Hehehe. 
Apapun.. didoakan Hana a.k.a empunya blog cicak tersepit =) akan terus sukses.
=) Suka dengan nama blog....tuan umah mesti kelakar orangnya ni.

Kepada sesiapa yang berminat nak join bloglist ni, silalah ringan2kan jari tekan sini ye.
Penyertaan dibuka sehingga 1 Disember 2011 jam 12.00 tengah malam. Jangan terlewat pulak ye


Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

campaign image


Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Put out that cigarette & snap pics instead! U might just win prizes worth RM2K! #TakNak

campaign image

Put out that cigarette & snap pics instead! U might just win prizes worth RM2K! #TakNak

3rd Giveaway By Yana

Cik Nin join Give Away dari Yana pulak hari ni.


Boleh tahan jugak hadiah yang Yana sediakan =)
Berminat? Nak tau cara nak join? Masuk ikut sini ye.

GA ni bermula dari 18/11/2011 sehingga 20/12/2011
Jom pakat2 join.

Cik Nin tag


Selamat Datang Tahun Hijri yang Baru


Hari ini merupakan hari terakhir di dalam kalendar hijri 1432H. Macamana? Apa agaknya pencapaian kita setakat ni? Jangan pulak kita  leka mengingat detik2 di dalam kalendar omputeh sehingga melupakan kalendar Hijri kita. Saling ingat mengingatkan la ye. 

Apa nak buat ye bila tahu baru Hijri menjelang? X perlu sambut kat Dataran Merdeka. X perlu melaungkan selamat tahun baru.. tapi sama2lah kita muhasabah diri untuk apa yang kita dah lalui. Sejauhmana kesyukuran kita, sejauhmana amalan kita... 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram.

Kredit untuk solihinzubir bagi doa ni. Sama2 la kita amalkan ye. 
Tutup buku lama, buka buku baru dengan amalan yang diredhai Allah. 

Jadual Persekolahan 2012

Berikut disertakan jadual persekolahan bagi tahun 2012. Bolehlah digunapakai untukmerancang percutian dan sebagainya ye  

Takwim Persekolahan 2012, Kalendar 2012, Jadual Cuti Persekolahan 2012, Jadual Penggal Persekolahan 2012, Cuti Umum 2012, Cuti Am 2012,kalender cuti sekolah 2012,cuti sekolah untuk wilayah persekutuan,cuti sekolah untuk negeri melaka,cuti sekolah untuk negeri pahang,cuti sekolah untuk negeri sembilan,cuti sekolah 2012 untuk selangor,cuti sekolah 2012 untuk kedah
Jadual persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu


  Jadual Persekolahan bagi Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, 
      Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurLabuan dan Putrajaya

Jumaat, 25 November 2011

Air mata taubat




SAYA banyak melakukan dosa pada masa silam dan ingin bertaubat atas kesilapan lalu. Setiap kali berdoa selepas solat, saya hanya mampu menitiskan air mata memohon taubat supaya diterima Allah.
Hanya itu doa saya, sementara doa termasuk memohon rezeki dan jodoh yang baik tidak pernah saya sertakan bersama. Saya terlalu malu untuk meminta daripada Allah kerana tahu saya bukan hamba-Nya yang baik dan mulia. 

Bagi saya, jika Allah mendengar keluhan saya dan menerima taubat hambanya yang hina ini, itu sudah cukup memadai. Adakah berdosa tindakan itu sebab ada yang berpendapat ia menunjukkan kesombongan kepada Allah. 

GADIS WASATIAH,

Kuala Lumpur 



BERISTIGHFAR iaitu memohon keampunan Allah seperti yang anda amalkan itu adalah sebahagian daripada doa kepada Allah. Doa seorang hamba kepada Allah termasuk dalam ibadah kepada Allah. 

Berdoa adalah salah satu ibadah di luar sembahyang selain membaca al-Quran dan berzikir. Islam melihat berdoa kepada Allah sangat penting. Ia dapat menjalin hubungan yang erat antara seorang hamba dengan Allah. Sebagai manusia dan hamba kita tidak terlepas dan memerlukan pertolongan Allah. Berdoa antara sebahagian daripada usaha dan ikhtiar. 



Berdoa kepada Allah menandakan seorang hamba kembali kepada Allah dan merendah diri kepada-Nya. Apabila menyedari kepentingan doa sebagai ibadah dan cara memohon serta berhubung dengan Allah, kita tidak perlu berasa bersalah untuk memohon apa saja daripada Allah seperti yang dinyatakan. 

Janganlah ada perasaan malu atau ‘sombong’ untuk memohon segala permintaan kepada Allah kerana ia sebahagian daripada usaha. Sekiranya permintaan atau doa kita tidak dimakbulkan, anggaplah ia yang terbaik daripada Allah untuk kita. 

Kita sepatutnya tidak berasa malas untuk terus berusaha dan berdoa kepada Allah.

Peluang taubat sentiasa terbuka untuk kita semua. Sekalipun dosa kita menggunung tinggi, tetapi Allah Maha Pengampun. Mohonlah padaNya... semoga kita semua tergolong sebagai orang2 yang sentiasa bertaubat.

Penerbangan cemas juruterbang terkunci dalam tandas

NEW YORK: Penerbangan pesawat Delta Airlines dari Carolina Utara ke New York kecoh seketika apabila juruterbangnya terkunci dalam tandas kira-kira 30 minit sebelum mendarat. Media tempatan melaporkan, juruterbang terbabit bergegas masuk ke tandas selepas tidak dapat menahan dirinya membuang air sehingga selamat mendarat.


Insiden itu menjadi gempar apabila pembantu juruterbang menyangka berlaku rampasan pesawat selepas seorang penumpang “dalam loghat asing” meminta izin masuk ke kokpit.

Dia segera menghubungi menara kawalan bagi memaklumkan kejadian berkenaan.


Selepas beberapa ketika, penumpang terbabit berjaya menyampaikan mesej mengenai keadaan juruterbang itu kepada pembantunya, sekali gus meredakan keadaan.



Tidak dapat dipastikan bagaimana juruterbang berkenaan selamat keluar dari tandas dan pesawat itu berjaya mendarat. - Agensi



Contest I Love My Blog

Cik Nin join contest ni pulak ;
=)


Blog ni memang jadi kesayangan Cik Nin. Sapa tak sayang blog sendiri kan?
Kenapa Cik Nin sayang blog terchenta ni?
1. Tiap2 hari mesti gian nak update atau bw. 
2. Blog ni la teman setia... tempat luahan rasa, tempat kongsi apa je dan dia la jugak buah hati Cik Nin sekarang.
3. Blog ni jugak tempat untuk Cik Nin asah kreativiti yang tak berapa tajam ni.
4. Blog Cik Nin masih baru lagi. Belum sampai setahun usianya. Dan Cik Nin gunakan blog ni untuk belajar apa yang Cik Nin belum mahir. Walaupun Cik Nin ni dah 30-an... tapi baru belaja buat blog.  At least ... tau la sikit demi sikit ilmu2 dalam bidang blog ni. Huhu. Hasil godek2 kat En. google dan jugak blog2 blogger lain, banyak input yang Cik Nin dapat.
5. X perlu sebab berjela untuk menyatakan sayang, x perlu  alasan beribu untuk menafikan cinta .

I'M REALLY LOVE  MY BLOG.
IT'S MY WORLD


Cik Nin tag ;
mokti
ct noor




Lupa lak.. sesapa nak join, klik sini ye =)
Terima kasih

Entry Melekat Cik Bunny.Jom join !

Cik Nin Join ni ;


Sesapa yang nak join boleh ke sini ye =)

Jom Blogwalking Bersama Eiqa Azra..

Cik Nin suka jenjalan dan berziarah ke blog2 orang lain. Hehe.. 
Ziarah yang ni x perlu keluarkan duit pun. Banyak info yang boleh diperolehi... 
kawan pun bertambah. Masa dalam perjalanan Cik Nin, banyak jugak segmen dan GA yang Cik Nin temui. Memang menarik2 belaka.!

  Untungnya, GA dan segmen ni bukan je memberikan peluang dapat hadiah, tetapi jugak menambahkan kawan dan followers.  Pagi ni ternampak pulak ada segmen blogwalking kat umah Eiqa.. so.. jom la join.


Tarikh tutup segmen ni 30.11.2011

Sesapa yang berminat nak join... klik sini ye.

Cik Nin tag
mokti
Nadirah Irah
ctnoor


Rabu, 23 November 2011

Vote Dania & Menang Hadiah~ GA 2

Jom! 1 more vote for little cute Dania


Sila klik sini untuk join GA ni. 
Tarikh tutup 31 Disember 2011

Gud Luck sweet Dania!


Vote Dania & Menang Hadiah~ GA 1

 Jom ramai2 vote for the cute Dania



Berminat untuk join ? 
Cepat2 la klik sini ye

Tarikh tutup GA ni 25 November 2011.

GA Tupperware dari Syikin

Tokey Tupperware, Syikin menganjurkan give away pertama beliau. Hadiahnya tentu- tentu la tupperware.So, sapa yang berkenan dan berminat dengan tupperware, anda boleh la join contest ni. TAPI, pastikan anda bukanlah ahli Tupperware ye supaya penyertaan anda dianggap sah. Kalau x, kensel je la. Hehehe.  Bagi can la kat kami2 yang belum jadi ahli Tupperware ni.

Berminat? Silalah jenguk2 ke blog Syikin. Boleh klik sini ye. 

GA ni sampai 30 November je. Cepat2 join ye 

Jom pakat2 support puanbee

Penangan dari contest Denai Hati, seramai 103 yang layak menyertai. Gud Luck untuk semua yang mengambil bahagian.Antara yang menyertainya, puanbee. Sebagai rakan blogger. Cik Nin sokong beratus- ratus peratus usaha puanbee. Hehehe. Gud Luck puanbee. Meleleh jugak la kalau tengok Samsung Galaxy S|| impian puanbee ni. Lebih2 lagi dapat Percuma. Diulang ye..secara percuma. Hehe 

 "Saya sertai contest komen dan menang khas untuk support Puanbee.com dalam perjuangan merebut Gadjet Impiannya"

Wist u the best of luck puanbee! 

Isnin, 21 November 2011

KEPUTUSAN UPSR 2011



Cerita ni macam dah terlewat je... tapi x pe... just for sharing kan. Keputusan UPSR 2011 dah diumumkan pada hari Khamis lepas (17 November 2011) . Alhamdulillah, keputsan UPSR sekolah Cik Nin tahun ni meningkat . Seramai 70 orang murid telah mendapat 5A. Tahniah san syabas buat semua murid yang berjaya... semoga kalian akan meneruskan kejayaan demi kejayaan di masa akan datang. Juga tahniah buat  Guru Besar SKDH1, Pn Hjh Azizon Abdullah, PK1,Pn. Hjh Kamariah bt Muhamed dan juga  rakan2 setugas yang selama ini tekun mendidik dan membimbing anak bangsa. Teruskan usaha mendidik, semoga kita mampu membimbing dengan penuh keikhlasan dan ketabahan.


First Giveaway Jean Paul Gaultier Dan Issey Miyaki by FaizalFredley.Com)

Cik Nin dah join GA yang diadakan oleh Faizal. Wish him the best of luck untuk dapatkan Macbook Air dari Denaihati ni.

Cun betul kan ? Dapat yang ni memang berbaloi- baloi rasanya

Sesiapa yang nak join GA ni, boleh la klik di sini

"My Craft Garden 1st Giveaway"


Ini adalah Give away ke dua yang Cik Nin sertai sepanjang mengendalikan blog Cik Nin yang x seberapa ni. Cuba2 dulu.. mana la tau ada rezeki kan? 

 Kagum betul tengok hasil kraftangan Lia di My Craft Garden ni. Comel2 jer... Bukan semua orang mampu nak menekuni kerja2 yang perlu teliti macam ni.  Cik  Nin sendiri memang minat dalam penghasilan kraftangan. Boleh nak mengait tapi huhuhu.... nak bagi komitmen tu susah sikit la. Hehe... (alasan je tu kan?) Nanti kalau ada kawan- kawan atau family yang berminat nak dapatkan hasil kait mengait ni, Cik Nin pasti akan bagi cadangan supaya buat tempahan dengan Lia. 

Memang gerrraam tengok hasil kerja Lia yang kiut miut dan comel2 ni. Kombinasi warna yang dibuat Lia juga menjadikan hasil tu jadi lebih gempak dan trendy. So, sapa2 yang berminat dan berhajat... jenguk2 la ke My Craft Garden ye. Hasilnya pasti x mengecewakan.

Sesiapa yang nak join GA ni boleh klik di sini.

Joining GA Yanmieonline.com... Sokong Kak Yan !!!!

Cik Nin orang kampung je... tapi berselera antarabangsa. Hehehe... bab makanan la. Mula- mula dulu memang jakun bila orang sebut2 pasal macaron ni. Bila rasa... Wah! Wah! Wah! Memang sedap. Dah agak lama jugak dengar2 cerita di angin lalu.. hehehe... macaroon Cikmin ni memang soodap dan memang no 1 . Kak Yan pulak buat GA .... hadiahnya Macaron dari homemade Cikmin (Nama pun dah hampir2 sama ngan Cik Nin je) hehe... So .. jom kita pakat2 sokong Kak Yan ... untung2.. dapat merasa macaron free.. Tak gitu Kak Yan? Hehe ..

“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”


macaron

Credit to yanmieonline.com .... sapa berani cakap macaroon ni x sedap? Ceh! ayat cam gangster lak. Hehe... best ni tau


Sabtu, 19 November 2011

7 HAK ISTERI SELEPAS PENCERAIAN


Cik Nin merupakan pelanggan setia Majalah Mingguan Wanita. Banyak info bermanfaat untuk panduan dan bimbingan kaum wanita khasnya. Dalam terbitan yang terbaru, salah satu artikel yang menarik perhatian Cik Nin adalah berkenaan hak- hak isteri selepas berlakunya penceraian. Wanita kena tahu hak mereka agar tidak menjadi mangsa dalam keadaan - keadaan tertentu. 

  • Nafkah Eddah
Nafkah yang wajib disediakan kepada bekas isteri semasa dalam tempoh eddah talak rejie. Mengkut hukum syarak, seorang isteri yang taat berhak mendapat nafkah daripada suaminya.
  • Mutaah
Bayaran sagu hati atau pemberian yang wajib bagi suami ke atas bekas isteri yang telah diceraikan. Kadarnya boleh ditenukan menerusi persetujuan kedua belah pihak dan mahkamah yang akan menentukannya.

  • Harta Sepencarian
Harta yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri ketika perkahwinan dan berkuatkuasa mengikut syarat yang dtentukan oleh hukum syarak.

  • Hak Penjagaan Anak- anak ( hadhanah)
Bermaksud penjagaan anak- anak yang masih kecil yang belum berupaya menguruskan dirinya sendiri. Mengikut hukum syarakdan Undang- undang Kekeluargaan Islam, ibu adalah orang paling layak menjaga anak- anak.

  • Nafkah Anak
Ia wajib diberi oleh suami samada anak itu di dalam tanggungan bekas isteri atau jagaan orang lain. Jumlahnya akan ditentukan oleh mahkamah mengikut kemampuan bekas suami.

  • Tunggakan Nafkah
Nafkah yang tidak ditunaikan oleh bekas suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suami dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut di mana- mana Mahkamah Syariah.  
  • Hak Tempat Tinggal
Seorang isteri yang diceraikan berhak tinggal di rumah yang mana dia biasa tinggal ketika dalam perkahwinan selama dalam eddah. Suami perlu menyediakannya dan jika gagal, bekas isteri boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah di atas kegagalan bekas suami.

Wahai para suami.... janganlah lepas tangan dengan amanah yang telah diberikan Allah. Sekalipun terlepas di dunia, ia akan menanti sebagai hisab kamu di akhirat nanti.  

HILANGKAN PARUT DEMAM CAMPAK


                 


Antara jenis buah belimbing; Belimbing besi/buluh ( paling kanan) dan belimbing biasa (gambar sebelah kiri dan tengah).


Parut akibat demam campak biasanya banyak dan akan mencacatkan penampilan. Bagi menghilangkan parut tersebut, ambil sedikit daun belimbing dan tumbuk hingga halus. Gunakan bersama bedak sejuk dan amalkannya dengan teratur.


 Sumber: Majalah Mingguan Wanita bil 1461

PUCUK JAMBU BATU HILANGKAN DAKI


        
Daun jambu batu.... makanan feveret masa Ciknin kecik- kecik dulu. 

Ni pulak limau purut.... daunnya kerap digunakan dalam masakan terutamanya masakan dari Thailand. Walaupun kulit buahnya menggerutu, baunya cukup harum dan menyegarkan, 


Sekiranya anda ingin menghilangkan daki. gunakan limau purut dan pucuk jambu batu. Ramaskan pucuk jambu batu dengan sedikit air dan gosokkan pada seluruh anggota badan. Kemudia perahkan limau purut ke dalam sebaldi air dan bilas badan  dengan ar tersebut. Kulit akan bersih dan bau badan juga akan hilang.


Sumber: Majalah Mingguan Wanita bil 1461

Rabu, 16 November 2011

RASULULLAH MENANGIS KERANA SIKAP WANITA

Ali r.a berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kalajengking dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapaRasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup."

Renungkanlah wahai muslimah .... betapa Rasulullah menyayangi umat baginda. Moga jadi panduan untuk kita semua. Wallaahu a'lam 

Sabtu, 12 November 2011

Majlis Khatam Peringkat PPD Kota Bharu 2011

Lenguh dari tungkus lumus majlis khatam peringkat sekolah Cik Nin belum reda, esoknya Ciknin bergegas ke SK Kem Desa Pahlawan pula bagi mengiringi murid khatam di peringkat PPD. Hanya dua orang murid mewakili setiap sekolah dan diiringi oleh guru masing- masing. Setiap sekolah diwajibkan membawa satu par pulut semangat dan bunga telur bagi memeriahkan majlis.  Ciknin pergi bersama  Kak Noreha, penyelaras j QAF sekolah Cik Nin dengan menaiki cik Myvi Cik Nin. Hehehe
    Majlis bermula agak lewat.... kira- kira jam 10 pagi walaupun dijadualkan akan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.45 tengahari. Penat memang penat... apatah lagi dengan cuaca yang panas terik. Analisa peperiksaan tahun tiga yang Cik Nin kena buat pun tak siap lagi ni. Sampai di sekolah jam 1.45 petang... Cik Nin terpaksa la buat OT ( cikgu ada istilah  OT ke) untuk siapkan analisa. Lepas ni cuti 3 hari sempena ulangtahun Keputeraan Sultan Muhammad V. Tak sabar nak cuti rasanya.

Ni ada beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.

Majlis Khatam Al Quran SKDH1

Pada 9 November yang lepas ( Rabu ) sekolah Cik Nin telah menganjurkan Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah. Tahun ini merupakan tahun pertama SKDH1 akan melepaskan murid tahun enam di bawah program j QAF. Semua murid telah khatam dan sebahagian besarnya adalah khatam bacaan masing- masing. Sebahagian kecil sahaja yang hanya khatam bacaan melalui kaedah BIG ( Baca Ikut Guru ).

     Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Azizi ( Pegawai j QAF di PPD KB. Juru khatam pula adalah Ustaz Fauzi ( GPI SK Kg. Sireh) Secara keseluruhannya, majlis amat meriah dan kami berjaya melakukannya dengan kerjasama yang baik. Anak didikku.... semoga kalian akan meneruskan lagi usaha untuk memperelokkan lagi mutu dan tahap bacaan walaupun telah khatam.


Ustaz Abd Rahim

Kerja- kerja sebelum majlis bermula

Berseri- seri dewan kami


 Pentas =)

Geng- geng jQAF bersama Ketua Panitia PAI dan GB (sebahagian je ni)

Pentas lagi 

Dipayungi bunga manggar (test... test...)

Macam nak sedondon pulak GB dengan Us Azizi..hehe 

GB, Us Azizi, Us Fauzi, Adik W.M Aliff yang memeperdengarkan bacaan pada pembukaan majlis. Siap kena puji ngan Us Fauzi lagi si Alif ni

Ole-ole tanda kenangan dari SKDH1


Para pelajar yang terlibat dengan majlis


Geram betul dengan line internet ni.... banyak gambar yang nak diupload... tapi lambatnya la nak upload. Cik Nin sambung lain kali la pulak ye ?