Sabtu, 19 November 2011

7 HAK ISTERI SELEPAS PENCERAIAN


Cik Nin merupakan pelanggan setia Majalah Mingguan Wanita. Banyak info bermanfaat untuk panduan dan bimbingan kaum wanita khasnya. Dalam terbitan yang terbaru, salah satu artikel yang menarik perhatian Cik Nin adalah berkenaan hak- hak isteri selepas berlakunya penceraian. Wanita kena tahu hak mereka agar tidak menjadi mangsa dalam keadaan - keadaan tertentu. 

  • Nafkah Eddah
Nafkah yang wajib disediakan kepada bekas isteri semasa dalam tempoh eddah talak rejie. Mengkut hukum syarak, seorang isteri yang taat berhak mendapat nafkah daripada suaminya.
  • Mutaah
Bayaran sagu hati atau pemberian yang wajib bagi suami ke atas bekas isteri yang telah diceraikan. Kadarnya boleh ditenukan menerusi persetujuan kedua belah pihak dan mahkamah yang akan menentukannya.

  • Harta Sepencarian
Harta yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri ketika perkahwinan dan berkuatkuasa mengikut syarat yang dtentukan oleh hukum syarak.

  • Hak Penjagaan Anak- anak ( hadhanah)
Bermaksud penjagaan anak- anak yang masih kecil yang belum berupaya menguruskan dirinya sendiri. Mengikut hukum syarakdan Undang- undang Kekeluargaan Islam, ibu adalah orang paling layak menjaga anak- anak.

  • Nafkah Anak
Ia wajib diberi oleh suami samada anak itu di dalam tanggungan bekas isteri atau jagaan orang lain. Jumlahnya akan ditentukan oleh mahkamah mengikut kemampuan bekas suami.

  • Tunggakan Nafkah
Nafkah yang tidak ditunaikan oleh bekas suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suami dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut di mana- mana Mahkamah Syariah.  
  • Hak Tempat Tinggal
Seorang isteri yang diceraikan berhak tinggal di rumah yang mana dia biasa tinggal ketika dalam perkahwinan selama dalam eddah. Suami perlu menyediakannya dan jika gagal, bekas isteri boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah di atas kegagalan bekas suami.

Wahai para suami.... janganlah lepas tangan dengan amanah yang telah diberikan Allah. Sekalipun terlepas di dunia, ia akan menanti sebagai hisab kamu di akhirat nanti.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan