Tiba- tiba je entry hari ni sebut pasal gula dan semut ye. Sebenarnya nak kongsikan situasi kat tempat keje tadi. Hari ni kat tempat keje Cik Nin buat sambutan Merdeka Raya. Gabung jalin antara hari raya dan juga ulangtahun kemerdekaan negara kita yang lepas. Pagi tu memang la sambutan merdeka je... acara pun takla banyak sangat. Sekadar nyanyian lagu- lagu patriotik dan juga ucapan Guru Besar.
Bila dah selesai part nyanyi tu, bermulalah agenda sambutan hari raya. Inilah part yang ditunggu- tunggu. Punyalah banyak makanan yang dihidangkan. Jenuh nak habiskan lawatan ke semua kelas yang ada. Sekolah tempat Cik Nin bertugas ni agak besar. Ada 6 kelas bagi setiap tahun. Makan situ sikit, sini sikit. Hasilnya... nak bawa badan pun tak larat rasanya. Teringat pulak saudara kita kat Somalia yang kelaparan.. kita kat sini melambak- lambak makanan. Makan pun sampai nak terkeluar balik. Ish! Ini bukan ajaran agama kita ni. Dah terlebih makan jadinya.
Loceng sekolah tepat 1.15 minit tadi... berkejaran semua murid nak keluar dari pagar sekolah. Balik ni gerenti terlentok semua. Perut dah kenyang, badan pun letih. Apa lagi kesudahan yang terindah kalau bukan tido, kan? Cik Nin pun tak ketinggalan balik awal hari ni. Penat memang penat rasanya. Penat tawaf sekolah dari hujung sini ke hujung sana, penat makan- makan yang tak bersempadan pun ya jugak. Beringat- ingatlah bila makan, kerana Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita... kebanyakan punca penyakit adalah perut, iaitu pemakanan kita. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa taat dan bersyukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan