Isnin, 26 September 2011

Back to Work

Minggu baru dah bermula! Ahad yang dimulai dengan perhimpunan mingguan di sekolah, begitu menghiburkan. Hari ni seorang rakan Cik Nin masih berada di Pulau Pinang sempena meraikan konvokesyen suaminya. Terharu melihat mereka suami isteri yang begitu berganding bahu dalam melangsaikan urusan rumahtangga dan dlam masa yang sama si suami begitu gigih menyambung pelajaran ke peringkat ijazah demi masa depan keluarga. 
   Di sekolah Cik Nin tahun ni, ramai yang akan menambahkan bilangan zuriat. Lebih kurang 8 orang yang akan menyambut kelahiran orang baru bermula penghujung tahun ini. Semoga zuriat yang dilahirkan akan menjadi zuriat yang soleh dan solehah, penyejuk mata, penenang jiwa di dunia dan akhirat.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan