Sabtu, 31 Mac 2012

Apa Nak Jadiiii?


Berita ni dah basi agaknya. Tapi Cik Nin nak share jugak kat sini. Hehehe. 
Entah panduan mana yang digunakan untuk menetapkan hukuman. 
Kalau nak tengok dari segi kemudaratan, 
sah lagi terang sapa yang boleh datangkan kemudaratan kan? 
Bukan saja pada diri sendiri tetapi juga kepada masyarakat.

Pelajar pondok yang berserban dan tidak memakai topi keledar semasa menunggang 
motosikal dijatuhkan denda RM 90 dan dia memilih untuk dipenjarakan. 
3 orang gadis Melayu ISLAM yang juga penari tiang pula hanya didenda RM 25. 
Baik hati betul kan? 
Sapa kata hukuman tak telus? Telus apaaaa.
Tak tau la pulak pakai serban tu salahnya lebih besar dari buat tarian tiang.  

Aduhai!
Apa nak jadi ye. Memang la salah sebab tak pakai topi keledar tapi biarlah hukuman tu wajar .

Konklusinya : Hukuman yang Allah tetapkan itu lebih wajar and setimpal. 
Malah ia adalah sebaik- baik hukuman. 
Allah yang ciptakan kita,hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap ubat bagi penyakit yang timbul. 
Wallaahu a'lam

Khamis, 29 Mac 2012

Its Friday !



Makin Ganas Nampaknya




RAWANG: "Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit," kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas.


"Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman. 

"Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.

Rabu, 21 Mac 2012

Keeping Our Kids Safe

Children’s safety is of utmost importance, especially in today’s world.
ANOTHER tragic story of a child whose charred remains were found a week after she went missing. Five-year-old Nurul Nadirah Abdullah, of Johor, was last seen on March 1 when her family sent her out to buy eggs and instant noodles from a sundry shop near their flats.
Again, it’s a chilling reminder to all, especially parents, that children need to be safe at all times. The issue of their safety should be a top priority for all families.
Children under the age of six should have constant adult supervision while the older primary school-going ones should be taught home-alone skills before they become latchkey kids.
Parental vigilance: Nurul Nadirah Abdullah’s mother Roselyn Alan being consoled by her husband and the girl’s stepfather Lima Medeng in Johor on March 5. With the child’s brutal killing, Malaysians are once again reminded of the pressing need to protect their children against potential harm.
Sadly, I have seen young children running on the streets or crossing busy roads by themselves, oblivious to the potential dangers around them. Then there are parents who nip out to buy a thing or two after they double-park their car, leaving its engine running and their young children inside the vehicle.

Selasa, 20 Mac 2012

Awasi Anak Anda


Ini adalah kes terbaru. Cik Nin dapat ni daripada FB.
Kejadian culik menculik ni nampaknya semakin menjadi- jadi di negara kita.
Entah kenapa tergamak perkara tersebut dilakukan. 

Ibu- ibu, bapa- bapa sekalian,
Tolonglah prihatin dengan anak- anak.
Ke mana mereka, di mana mereka.
Beringat sebelum kena,
kerana ada mata- mata liar yang memerhati,
untuk mengambil kesempatan dan peluang.

Anak- anak,
Janganlah terlalu berani,
keluar bersendirian,
Tanpa izin dan pengetahuan ibubapa,
Malang datang tanpa isyarat,
Datangnya tanpa diduga.

Disinilah perlunya sikap 'jaga tepi kain orang'
agar kemaslahatan semua tetap terjaga.

Semoga Adik Siti Nur Fatihah dapat ditemui dalam keadaan selamat secepat mungkin.
Sama- samalah kita doakan. 

Puisi Oki Setiana Dewi untuk Kelantan


Puisi dari Oki dan dideklamasikan sendiri oleh beliau semasa kunjungannya ke Kelantan.


Puisi ni dah aga

Loo Jo Yee . Siapakah dia?





Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.
    Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlu tukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telahmemeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama Kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat membantah sehingga menganggap memeluk Islam adalah perkara yang sangat menghinakan bagi keluarganya.


Ahad, 18 Mac 2012

Car Boot Sale in Kota Bharu


Sesaje je ni Cik Nin nak mewar- warkan
Jualan Bukok Bonet pertama di Kota Bharu. 
Sapa yang berminat nak jual barang persendirian boleh la mendaftarkan diri ye. 
Yang nak survey, nak shopping pun boleh la luangkan masa
berdasarkan lokasi dan masa  yang tertera. 

Sayangnya Cik Nin baru tau pasal Car Boot Sale ni,
so tak dapek la nak ceritakan kat sini.
Nanti kalau ada masa hari Jumaat ni bolej la join ye ,
lepas solat Jumaat, jam3:00 petang.
 Jom le


WANITA: Jangan Undang Jenayah


Cik Nin nak kongsikan beberapa panduan untuk keselamatan wanita:

1- Rajin mengunci kenderaan
Lazimnya kenderaan terkini dilengkapi dengan kemudahan 'auto- lock', bagaimana pun  ia akan terkunci secara automatik setelah anda menekan berk pertama. Sebaiknya, kunci kenderaan sebaik sahaja memasuki kenderaan. Selepas itu barulah anda memeriksa kedudukan cermin pandang belakang, menyelaras tempat duduk dan memakai tali pinggang keselamatan.

2- Jangan sesekali meletakkan beg angan di atas tempat duduk penumpang. 
Ini memudahkan lagi tugas penjenayah tersebut. Bagi mengelakkkan cermin anda dipecahkan dan beg tangan dicuri, letakkannya di bawah dan tersorok daripada pandangan.