Hari Jumaat lepas,Cik Nin pulang ke kampung. Satu tugasan sudah menanti di sana. Apa dia? Hehe... Mengemas rumah pusaka arwah mak ayah Cik Nin di kampung. Ada yang ingin menyewa rumah tu. Jadi dari dibiarkan terbiar macamtu je, eloklah disewakan. Rumah tu ada 3 bilik,hanya 1 bilik disediakan untuk kegunaan penyewa.2 lagi bilik diperlukan untuk menempatkan barangan sedia ada.
Terusik rasanya perasaan tatkala melakukan kerja- kerja mengemas di sana. Pandang sana ingat arwah mak, pandang sini ingat arwah mak. Setiap sudut rumah mempunyai seribu satu momen yang sukar untuk dilupakan. Membuak- buak rasa rindu pada arwah. pagi Sabtu baru boleh mulakan operasi mengemas. Ditemani2 orang anak buah yang rajin, Rusdan dan Ruzaini, kerja mengemas lebih cepat dan ringan.
Menjelang tengahari, semuanya selesai. Semua sampah dan barang yang tak lagi diperlukan dibuang dan dibakar. Sempat jugak ke Badak mencari aiskrim dan roti bagi menghilangkan lelah sekaligus habuan buat anak buah- anak buah yang boleh tahan nakalnya tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan