Lamanya Cik Nin tak tulis apa- apa kat blog.
Cik Nin jumpa gambat ni kat FB tadi... tersentuh betul rasa hati meliha keakraban pakcik dan makcik ni. Amat jarang untuk kita saksikan situasi macam ni dalam masyarakat kita. Bukan tak ada ye... cuma jarang dan kalau ada pun, hanya segelintir sahaja.
Besarnya kuasa kasih sayang dan cinta. Ia mampu menjadi penyembuh yang luar biasa bagi pesakit.
Ia juga menjadi pembakar semangat bagi setiap insan. Ajaran Islam sendiri menekankan tentang kasih sayang apatah lagi bila membabitkan antara suami isteri. Kasih sayang perlu dizahirkan sepanjang masa tak kiralah dengan apa jua cara sekalipun.
Kenapa biasanya situasi akan beubah- ubah mengikut fasa kehidupan? Masa mula kenal lain.. masa bercinta lain.. selepas kahwin berubah lagi sekali. Apatah lagi selepas punya anak dan cucu. Bertambah- tambah lainnya. Lain yang Cik Nin maksudkan ialah dari sudut penzahiran kasih sayang.
Sudah berubahkan kasih? Atau sudah surutkah sayang di hati? Fikir- fikirkanlah ye..Institusi kekeluargaan diasaskan dengan keimanan dan disempurnakan dengan kasih sayang . Barulah cinta boleh membawa kita sampai ke syurga Ilahi.
* Terpana dengan garapan Ustaz Hasrizal melalui buku Aku Terima Nikahnya. Buah tangan yang cukup santai tapi sarat dengan mesej yang praktikal dan mudah difahami.
aaa suweetnye..mengimpikan bahagia begini sehingga akhir hayat, hingga sampai ke syurga. :)
BalasPadambetul tu aleen... rasanya semua orang mengimpikan bahagia di sepanjang hayat...sweet sungguh makck dan pakcik ni
BalasPadam