Sabtu, 26 November 2011

Selamat Datang Tahun Hijri yang Baru


Hari ini merupakan hari terakhir di dalam kalendar hijri 1432H. Macamana? Apa agaknya pencapaian kita setakat ni? Jangan pulak kita  leka mengingat detik2 di dalam kalendar omputeh sehingga melupakan kalendar Hijri kita. Saling ingat mengingatkan la ye. 

Apa nak buat ye bila tahu baru Hijri menjelang? X perlu sambut kat Dataran Merdeka. X perlu melaungkan selamat tahun baru.. tapi sama2lah kita muhasabah diri untuk apa yang kita dah lalui. Sejauhmana kesyukuran kita, sejauhmana amalan kita... 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram.

Kredit untuk solihinzubir bagi doa ni. Sama2 la kita amalkan ye. 
Tutup buku lama, buka buku baru dengan amalan yang diredhai Allah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan