Lenguh dari tungkus lumus majlis khatam peringkat sekolah Cik Nin belum reda, esoknya Ciknin bergegas ke SK Kem Desa Pahlawan pula bagi mengiringi murid khatam di peringkat PPD. Hanya dua orang murid mewakili setiap sekolah dan diiringi oleh guru masing- masing. Setiap sekolah diwajibkan membawa satu par pulut semangat dan bunga telur bagi memeriahkan majlis. Ciknin pergi bersama Kak Noreha, penyelaras j QAF sekolah Cik Nin dengan menaiki cik Myvi Cik Nin. Hehehe
Majlis bermula agak lewat.... kira- kira jam 10 pagi walaupun dijadualkan akan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.45 tengahari. Penat memang penat... apatah lagi dengan cuaca yang panas terik. Analisa peperiksaan tahun tiga yang Cik Nin kena buat pun tak siap lagi ni. Sampai di sekolah jam 1.45 petang... Cik Nin terpaksa la buat OT ( cikgu ada istilah OT ke) untuk siapkan analisa. Lepas ni cuti 3 hari sempena ulangtahun Keputeraan Sultan Muhammad V. Tak sabar nak cuti rasanya.
Ni ada beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan