Isnin, 28 November 2011

Hijab With Jelita Contest!

Contest  terbuka kepada semua blogger.... Step untuk join contest ni ada 5 ye.


1. Like fanpage SSJ  dan follow blog SSJ  Done


2. Letakkan banner contest "Hijab with Jelita" di post blog anda dan letakkan tajuk 'Hijab With Jelita Contest!' dan link kan blog SSJ. Done



3. Letakkan gambar anda memakai hijab/shawl/pashmina/tudung express( pape jew yang same waktu dengannya) Done


4.Ceritakan kenangan anda bersama hijab tersebut sekurang-kurangnya 100 patah perkataan


Ehem... ehem... storynya macam ni...

Cik Nin ni suka jugak shopping secara online. Ye la .. kalau ada cara yang memudahkan kita untuk membuat pilihan dan harga pun sesuai... kenapa kita tidak mencuba kan? Cik Nin biasanya pakai tudung bawal ataupun  tudung ekspress. Kadang- kadang pakai jugak tudung bercorak seperti tudung Akel dan Pyramid ( Cik Nin pakai yang bidang 60 untuk lebih selesa ... mungkin sebab Cik Nin tinggi orangnya, rasa macam x sesuai pakai tudung yang kecik ) 

 Alkisahnya, satu hari tu ternampak la koleksi pashmina ni dalam satu laman FB kepunyaan sorang businesswoman online ni. Hehehe.. Hati terus tertawan ngan beberapa helai pashmina yang ada. Nak beli ke tak? Nak beli ke tak? Dah la limited... last2.. memang beli la. Huhu. Sempat la sapu 3 helai pashmina. Bila dah sampai ke tangan.. belek punya belek.. macamana nak pakai ye? Fabrik pashmina tu memang best.. sejuk dan lembut. Nak buat tudung rasa macam segan . ( pemalu rupanya Cik Nin ni...hahaha ) . Takpelah... letak la dulu dalam almari. Janji benda tu dah jadi milik Cik Nin ( dasat jugak rupanya perangai )

Lama kelamaan... hujan pun turun.. sebab musim tengkujuh dah tiba. Cik Nin ni kurus orangnya.. mudah sejuk. Nak pakai baju kot ke tempat keje rasa macam formal sangat. Takkan nak pakai sweater pulak masuk kelas. Haru beb! Aha! Teringat la pulak kat Miss Pashmina 3 helai ni. Jeng! Jeng ! Jeng!... peluang baik ni. Try dulu lah... kemudian  tayang2 depan cermin hikmat kat bilik Cik Nin. Haha. Okeh! jalan. Buat selamba je la. Malu jugak sebenarnya ... sebab rasa macam jangok** je.

Mulai hari tu... Asal hujan je, pashmina tu mesti melekat je kat atas bahu. Niatnya nak hilangkan sejuk je.Tiba2 ada pulak kawan tegur... dah jadi macam model pulak Cik Nin ni ( terperasan sekejap Cik Nin) Alahai.... jangok ke pulak pakai benda alah ni? Kan dah cakap ... jangok!  

Akhirnya.. 3 beradik pashmina yang Cik Nin beli tanpa tujuan dulu tu, kini dah jadi pelengkap gaya Cik Nin, selain pengubat kesejukan dikala hari hujan. Kalau kat sekolah pun.. nama pashmina dah melekat ngan Cik Nin sebab dah jadi familiar sangat Cik Nin ngan pashmina ni. Orang lain tak ada la sampai macam Cik Nin. Nampak sangat kurus kering kan? 

Sehinggalah gambar di atas diambil, pashmina masih menjadi pelengkap gaya Cik Nin sewaktu annual dinner hujung sesi persekolahan yang lepas. Masa tu pun hujan.... dok dalam bilik berhawa dingin pulak tu. So, 2 in 1 la kan?

Bagi Cik Nin, tudung atau apa je yang berperanan menutup aurat mahkota wanita boleh dipelbagaikan. Apa yang penting, keselesaan dan kesesuain kita mengenakan tudung tersebut. Dalam masa yang sama , kita tidak menodai tujuan betudung sebagai memenuhi tuntutan syarak. Tak perlu kita berlebih- lebih dalam berpakaian untuk menampilkan diri sebagai muslimah yang bergaya... sebab kesempurnaan itu ada dalam kesederhanaan.


** Jangok is a kelantanese  word . It means beautiful. gorgeous and so on. Betul ke ni? Nak speaking la pulak. Kalau salah tegur la ye =) 

5. Finally, tinggalkan link anda pada comment dekat bawah. Done

Cara penyertaan cukup mudah. Jangan lepaskan peluang untuk asah bakat buat karangan anda ye! 
 Klik banner comel lote kat atas ye untuk join. Boleh jugak masuk ikut sini
Cik Nin dah tebuk terowong untuk memudahkan blogger lain ke sana. 
Nanti boleh sampai terus ke blog penganjur.
Gud Luck untuk semua!



2 ulasan:

  1. wah... style la cik nin... cantik.. SSJ pun selalu buat macam cik nin.. tambah style dalam berfesyen... thumbs up utk cik nin!

    BalasPadam
  2. Hehe... Terima kasih SSJ. Musim2 hujan ni lagi la kerap guna pashmina ni.

    BalasPadam