Isnin, 21 November 2011

"My Craft Garden 1st Giveaway"


Ini adalah Give away ke dua yang Cik Nin sertai sepanjang mengendalikan blog Cik Nin yang x seberapa ni. Cuba2 dulu.. mana la tau ada rezeki kan? 

 Kagum betul tengok hasil kraftangan Lia di My Craft Garden ni. Comel2 jer... Bukan semua orang mampu nak menekuni kerja2 yang perlu teliti macam ni.  Cik  Nin sendiri memang minat dalam penghasilan kraftangan. Boleh nak mengait tapi huhuhu.... nak bagi komitmen tu susah sikit la. Hehe... (alasan je tu kan?) Nanti kalau ada kawan- kawan atau family yang berminat nak dapatkan hasil kait mengait ni, Cik Nin pasti akan bagi cadangan supaya buat tempahan dengan Lia. 

Memang gerrraam tengok hasil kerja Lia yang kiut miut dan comel2 ni. Kombinasi warna yang dibuat Lia juga menjadikan hasil tu jadi lebih gempak dan trendy. So, sapa2 yang berminat dan berhajat... jenguk2 la ke My Craft Garden ye. Hasilnya pasti x mengecewakan.

Sesiapa yang nak join GA ni boleh klik di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan