Lamanya tak jenguk blog sendiri. Asyik masyuk sangat menziarahi blog- blog orang lain yang memang dah riuh rendah dengan pelbagai rencah. Minggu ni agak sibuk sikit. Sikit je la. Asyik berulang alik dari kampung ke teratak sewa. Hehe. Banyak pulak keperluan untuk berulang alik ni. Minggu lepas besan arwah mak nak ke Mekah... buat jamuan kesyukuran pada hari Sabtu.. balik la kejap. Minggu ke seterusnya dia dah nak bertolak ke Tanah Suci.
Terasa teringinnya nak ke Tanah Suci. Kena kumpul duit cepat- cepat ni. Apa yang lebih penting, sebelum ke Tanah Suci, kita perlu buat persiapan dari sudut fizikal dan rohani sebaik mungkin. Ilmu pengetahuan pun kena la upgrade. Kena bersihkan hati dan fikiran, amal ibadah kena sempurnakan. Hutang piutang kena la dijelaskan sebaik mungkin. Insya Allah semoga dipermudahkan segala urusan yang baik oleh Allah Taala..
Semalam ( 3 November 2011/Isnin) seorang jiran yang tinggal berdekatan rumah arwah mak meninggal. Cik Nin dapat maklumat ni pun dah lewat, semasa dalam perjalanan nak ke Taman Tengku Anis untuk beriadah bersama kawan. Tentunya tak sesuai untuk Cik Nin pulang ke kampung bagi menziarahi keluarga si mati dengan pakaian riadah kan? Akhirnya petang tadi barulah jadi balik ke kampung. Tuan rumah agak sibuk bagi menyediakan juadah bagi majlis tahlil. Ada la beberapa orang jiran yang datang menolong bagi meringankan tugas memasak.
Penat jugak rasanya hari ni. Dengan keadaan cuaca yang tak menentu, kesihatan pun dah sedikit merosot. Asyik sakit kepala je. Moga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Ameen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan