Jumaat, 14 Oktober 2011

7 Manfaat Lemon untuk Kecantikan


Warnanya yang kekuningan menarik mata memandang, tetapi apabila diambil jusnya pasti wajah akan bertukar akibat rasanya yang masam.Pun begitu, jangan salahkan rasanya kerana di sebalik masamnya lemon, banyak khasiat yang boleh diperolehi dari buah ini. Selain boleh dijadikan minuman jus serta dihgunakan dalam masakan, lemon dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan. Beriku beberapa manfaat buat pengetahuan anda: 


1- Membuatkan rambut bersinar
Campurkan perahan pati lemon pada perapi syampu lalu sapukan pada rambut. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan bersih. Lakukan secara rutin. 
   Lemon juga membantu mencerahkan rambut. Menggunakan sikat, sapukan lemon ke bahagian rambut yang ingin dicerahkan. Setekah itu, jemur rambut di bawah sinar matahari.Jangan lupa aplikasikan krim pelindung sinaran matahari agar kulit anda tidak terbakar. Sinar matahari membantu pati lemon mencerahkan rambut anda. Setelah itu bilas rambut seperti biasa dan sapukan perapi rambut lalu biar ia kering sendiri.

2. Melembutkan Kulit
Parut kulit lemon lalu tambahkan sedikit gula dan minyak zaitun lalu gaul sebati  sebelum dibiarkan selama lebih kurang 30 minit. Setelah itu sapukan lulur tradisional itu pada tubuh, terutama pada siku tangan, lutut dan kaki. Ini kerana bahagian tersebut lebih kasar dan kering berbanding bahagian lain. 

3. Menyamarkan Kulit Berbelang.
Ambil hirisan lemon lalu gosokkan secara lembut ke bahagian kulit yang bermasalah. Lakukan setiap hari untuk hasil yang maksima. 

4. Menyegarkan Mulut.
Berkumurlah dengan segelas air yang telah dicampurkan dengan perahan lemon. Ia akan membunuh kuman yang menjadi penyebab kepada masalah mulut berbau selain memberi kesegaran kepada mulut. 

5. Mencegah Jerawat.
Bersihkan wajah dengan susu pembersih. Setelah itu letakkan beberapa hirisan lemon sebagai masker.

6. Mencerahkan Kuku Tangan dan Kaki
Campurkan dua sudu makan lemon dengan satu sudu makan ubat gigi dalam mangkuk lalu gaul sebati. Sapukan campuran tadi pada kuku tangan dan kaki perlahan- lahan.Setelah itu biarkan seketika  sebelum dibilas dengan air suam. Setelah itu sapukan kuku tangan dan kaki dengan losyen badan untuk melembapkan kuku. Hasilnya kuku akan kelihatan cerah dan bersih. Bagi mereka yang menghadapi masalah kuku kekuningan boleh mencuba kaedah ini; Rendam kuku ke dalam pati lemon selama 5 minit lalu dibilas. 

7. Pelembut Telapak Kaki.
Banyak berjalan menyebabkan telapak kaki menjadi kasar. Untuk melembutkannya serta mematikan kuman- kuman yang melekat di kaki, gunakan kaedah ini; Masukkan 6 gelas air suam ke dalam bekas bersama 3 cawan perahan lemon, satu cawan susu dan dua sudu makan serbuk kulit kayu manis. Lalu gaul rata dan rendam kedua belah kaki anda sambil digosok- gosok menggunakan batu apung selama 15 minit. Setelah itu, bilas dengan menggunakan air suam dan keringkan. Lakukan sekurang- kurangnya seminggu sekali.

Sumber: Mingguan Wanita Bil 1546

Tiada ulasan:

Catat Ulasan