Sabtu, 31 Mac 2012

Apa Nak Jadiiii?


Berita ni dah basi agaknya. Tapi Cik Nin nak share jugak kat sini. Hehehe. 
Entah panduan mana yang digunakan untuk menetapkan hukuman. 
Kalau nak tengok dari segi kemudaratan, 
sah lagi terang sapa yang boleh datangkan kemudaratan kan? 
Bukan saja pada diri sendiri tetapi juga kepada masyarakat.

Pelajar pondok yang berserban dan tidak memakai topi keledar semasa menunggang 
motosikal dijatuhkan denda RM 90 dan dia memilih untuk dipenjarakan. 
3 orang gadis Melayu ISLAM yang juga penari tiang pula hanya didenda RM 25. 
Baik hati betul kan? 
Sapa kata hukuman tak telus? Telus apaaaa.
Tak tau la pulak pakai serban tu salahnya lebih besar dari buat tarian tiang.  

Aduhai!
Apa nak jadi ye. Memang la salah sebab tak pakai topi keledar tapi biarlah hukuman tu wajar .

Konklusinya : Hukuman yang Allah tetapkan itu lebih wajar and setimpal. 
Malah ia adalah sebaik- baik hukuman. 
Allah yang ciptakan kita,hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap ubat bagi penyakit yang timbul. 
Wallaahu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan