Ahad, 18 Mac 2012

WANITA: Jangan Undang Jenayah


Cik Nin nak kongsikan beberapa panduan untuk keselamatan wanita:

1- Rajin mengunci kenderaan
Lazimnya kenderaan terkini dilengkapi dengan kemudahan 'auto- lock', bagaimana pun  ia akan terkunci secara automatik setelah anda menekan berk pertama. Sebaiknya, kunci kenderaan sebaik sahaja memasuki kenderaan. Selepas itu barulah anda memeriksa kedudukan cermin pandang belakang, menyelaras tempat duduk dan memakai tali pinggang keselamatan.

2- Jangan sesekali meletakkan beg angan di atas tempat duduk penumpang. 
Ini memudahkan lagi tugas penjenayah tersebut. Bagi mengelakkkan cermin anda dipecahkan dan beg tangan dicuri, letakkannya di bawah dan tersorok daripada pandangan. 


3- Berhati- hati apabila anda meletakkan kenderaan. 
Jika anda berasa curiga ketika mahu ke kenderaan, minta bantuan daripada pengawal keselamatan di lot parkir tersebut ( jika ada ).

4- Jika menuju ke kenderaan, sediakan kunci kereta lebih awal. 
Jangan apabila sampai di kenderaan barulah anda mencari kunci di dalam beg.

5- Ambil perhatian pada kenderaan yang ada berhampiran dengan kereta anda. 
Bimbang jika ada penjenayah yang menyorok di balik kenderaan  mahupun di dalam kereta. 

6- Jangan memberanika diri membantu mereka yang mengalami kerosakan di tepi jalan.
Jika betul anda berniat baik untuk membantu, telefon pihak lebuh raya dan maklumkan lokasi kenderaan rosak tersebut.

7- Pastikan enderaan anda diselenggarakan tepat pada masanya. 
Ini dapat mengelakkan sebarang kesorakan ketika memandu dan menyebabkan anda terdedah kepada penjenayah. 

8- Guna pakai semua kemudahan keselamatan dan ciri kawala yang etrdapat pada kereta. 
Jika berkemampuan, tidak salah sekiranya anda membuat pelaburan atau meletakkan faktor keselamatan antara kriteria utama ketika membuat pilihan pembelian kenderaan.

9- Pastikan bateri telefon anda penuh.
Jika berlaku kecemasan, anda boleh menelefon bagi mendapatkan bantuan. Paling penting bagi yang menggunakan kad prabayar, pastikan juga ada nilaian kredit,

10- Utamakan keselamatan diri anda.
Jika penjenayah menyasarkan kenderaan dan baranga berharga anda, berikan sahaja bagi mengelakkan anda dicederakan. Bersikap tenang dalam situasi tersebut. Keluar daripada kenderaan dan cuba cari jalan untuk menjauhkan diri dari penjenayah.

Buat wanita.... berhati- hatilah sentiasa. Kerana dirimu sungguh berharga.

* dari Majalah Mingguan Wanita bil 1478

Tiada ulasan:

Catat Ulasan