Upacara sarung cincin. Aduhai
Gambar diambil dari blog cikgudahlia
Terkejut betul dengan cerita ni. Nauzubillahi min zaalik. Bagaimana seorang anak muda muslim yang pernah menjadi ketua pengawas di sekolahnya dan juga pernah menjadi pelajar terbaik SPM sekolahnya boleh terlibat dengan semua ni. Si Ariff ni dapat tajaan PETRONAS untuk belajar di bidang perubatan di Dublin. Ibubapanya dah 8 kali berulang alik ke Dublin mencari si anak selepas teroutus hubungan.
Cari punya cari.. pun tak jumpa jugak. Akhirnya keluar berita yang menyesakkan dada ni. Kesiannya kat mak ayah... dah la jaga, didik dari kecil.. hantar anak belajar sampai ke Dublin. Tapi akhirnya ini yang berlaku. Memburukkan lagi keadaan, ayah Ariff selaku penjamin pertama anaknya ni telah disaman oleh PETRONAS da dikehendaki membayar balik RM 890 000. Hampir satu juta tu. Keadaan ini tentunya memberikan tekanan yang lebih hebat kepada keluara beliau.
Apapun, diharapkan keluarga Ariff tabah menghadapi dugaan Ilahi. Kita akan sentiasa diuji dalam kehidupan dunia. Cuma yang berbezanya tahap dan bentuk ujian. Sama- salah kita doakan moga beliau diberikan hidayah oleh Allah dan segera kembali ke jalan yang diredhai Allah. Perkara sebegini telah beberapa kali berlaku kepada orang Malaysia. Insan yang genius tapi akhirnya gagal mengemudi kehidupan. Semoga mereka semua akan mendapat hidayah Allah.
Kalau nak tahu berita lanjut, bolehlah ke blog Abang Nara dan blog cikgudahlia .
Apa yang Cik Nin paparkan ni adalah untuk menjadi iktibar bagi kita semua. Agama adalah teras dalam kehidupan kita walau di mana kita berada. Apa yang berlaku jadikanlah sempadan, semoga ia tidak berulang lagi. Wallaahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan