Kita boleh mengengar dengan sempurna,
kita juga boleh melihat pelbagai warna
diaugerahkan lisan penutur kata,
diberikan anggota yang sempurna untuk diguna
Adakah kita cukup bersyukur selama ini?
Dalam menyatakan Terima Kasih Ya Allah
di atas segala anugerah yang terlalu tinggi ini...
Bersyukurlah kita?
Bila secebis kesusahan dikesali?
Secubit kekurangan dirunguti...
Secarik kelemahan disalahi
Sedarkah kita?
Betapa gelapnya dunia si buta,
Si bisu kelam untuk berkata,
Tetapi kita,
tidak pernah merasa semua itu
lantas menjadikan kita angkuh
membuatkan hati kita lupa dan leka
Bahawa kita,
hanya dipinjamkan
untuk memanfaatkannya
sementara cuma
Kerana keabadian itu hanya milik Allah Yang Maha Esa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan