Klik pada gambar untuk lebih jelas
Selasa, 20 Disember 2011
Isnin, 19 Disember 2011
GEYLANG-SHOP DECEMBER GIVEAWAY
Cik Nin pilih tajuk kedua:
Kenapa anda suka kain dan nak Kain Cotton Polka Dots ini
Koleksi baju Cik Nin memang pelbagai. Kita sebagai pemakai aka pengguna mesti la boleh rasa perbezaan antara semua jenis kain yang ada. Biasanya Cik Nin ni jenis suka cuba- cuba untuk pastikan keselesaan setiap fabrik. Sekali bila dah berkenalan dengan kain cotton... memang berulang- ulang beli kain cotton. Sekarang ni almari Cik Nin dah dimonopoli oleh kain cotton. Kenapa? Sebab kain cotton ni cantik dan selesa sangat bila dipakai, kainnya memang sejuk. Nak menjahitnya pun senang dan mudah. Berbaloi sangat dengan harga yang perlu dibayar. Cuma Cotton Polka Dots je yang belum ada dalam almari Cik Nin. Tu yang nak sangat- sangat ni. Hehehe. Nampk macam menarik je . Yang penting bila pakai.. selesa dan sejuk. Setakat ni bukan setakat Cik Nin sorang je yang hantu dengan kain cotton ni.. tapi semua kaum Hawa dalam famili Cik Nin. Sikit- sikit2 cotton.. sikit2 cotton. hehehe. Nak bagi hadiah kat orang pun bagi kain Cotton jugak. Itulah nak menyatakan betapa Cik Nin dan adik beradik Cik Nin ni dah jadi hantu kain Cotton. Jadi, kepada penganjur, bagi la kat Cik Nin Cotton Polka Dots ni =)
Terbuka kepada semua untuk join GA ni.
Samada anda mempunyai blog ataupun tak.
Klik banner atau sini untuk join.
LIKE & SHARE My Online Boutique GA
Cik Nin join GA dari My Online Boutique.
Just like and share. Step by step memang dah diterangkan apa yang perlu dibuat. Mudah je.
Just like and share. Step by step memang dah diterangkan apa yang perlu dibuat. Mudah je.
Sesapa nak join, boleh klik banner. Klik sini pun boleh jugak.
Cik Nin tag
Ahad, 18 Disember 2011
Kematian Syeikh Emad
Jumaat ( 16 Disember 2011) Al Fatihah....البقاء لله Syeikh Emad kembali kerahmatullah akibat kesan tembakan oleh individu yg tidak dkenal pasti kerana berpakaian biasa..ketika melalui kawasan Jabatan Kementerian Mesir pagi tadi. Setakat ini sasatan sedang dijalankan: Sumber D.Ifta` mengatakan bahawa Allahyarham dikira Syahid disisi Allah. - tidak diketahui kenapa Allahyarham menuju ke Jabatan Kementerian. - tidak ada penjelasan lagi drpd. Sumber maklumat selepas beliau ditembak. - D.Ifta` menegaskan, sekiranya Allahyarham ke sana bertujuan utk Demo, itu adalah urusan peribadi beliau. Wallu a`lam.
Akhlak Mulia
" Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan
dengan orang yang mencerca & membencinya.
Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya,
lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya. "
~ Dr Zaharudin Abd Rahman ~
Sabtu, 17 Disember 2011
Ariff Alfian Rosli Pelajar Yang Hilang Dan Kini Didapati Berkahwin Dengan Teman Lelakinya, Jonathan
Upacara sarung cincin. Aduhai
Gambar diambil dari blog cikgudahlia
Terkejut betul dengan cerita ni. Nauzubillahi min zaalik. Bagaimana seorang anak muda muslim yang pernah menjadi ketua pengawas di sekolahnya dan juga pernah menjadi pelajar terbaik SPM sekolahnya boleh terlibat dengan semua ni. Si Ariff ni dapat tajaan PETRONAS untuk belajar di bidang perubatan di Dublin. Ibubapanya dah 8 kali berulang alik ke Dublin mencari si anak selepas teroutus hubungan.
Cari punya cari.. pun tak jumpa jugak. Akhirnya keluar berita yang menyesakkan dada ni. Kesiannya kat mak ayah... dah la jaga, didik dari kecil.. hantar anak belajar sampai ke Dublin. Tapi akhirnya ini yang berlaku. Memburukkan lagi keadaan, ayah Ariff selaku penjamin pertama anaknya ni telah disaman oleh PETRONAS da dikehendaki membayar balik RM 890 000. Hampir satu juta tu. Keadaan ini tentunya memberikan tekanan yang lebih hebat kepada keluara beliau.
Apapun, diharapkan keluarga Ariff tabah menghadapi dugaan Ilahi. Kita akan sentiasa diuji dalam kehidupan dunia. Cuma yang berbezanya tahap dan bentuk ujian. Sama- salah kita doakan moga beliau diberikan hidayah oleh Allah dan segera kembali ke jalan yang diredhai Allah. Perkara sebegini telah beberapa kali berlaku kepada orang Malaysia. Insan yang genius tapi akhirnya gagal mengemudi kehidupan. Semoga mereka semua akan mendapat hidayah Allah.
Kalau nak tahu berita lanjut, bolehlah ke blog Abang Nara dan blog cikgudahlia .
Apa yang Cik Nin paparkan ni adalah untuk menjadi iktibar bagi kita semua. Agama adalah teras dalam kehidupan kita walau di mana kita berada. Apa yang berlaku jadikanlah sempadan, semoga ia tidak berulang lagi. Wallaahu a'lam.
Khamis, 15 Disember 2011
PEJUANGKAH KITA?
Perjuangan adalah satu perkara yang amat luas.
Lantaran Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan kita.
Berjuanglah menegakkan kebenaran...
Berjuanglah meperbetulkan kepincangan...
kerana manisnya perjuangan itu,
ada pada getirnya sebuah perjuangan.
Sabtu, 10 Disember 2011
TrUe LoVe
I never felt true love until I was with you,
And I never felt true sadness until you left me
Rabu, 7 Disember 2011
Contest Blog Paling OHseemm by Fatimah Azzarah
Awal pepagi rabu ni, Cik Nin dah merayap BW. Hehe... terjoin ( hakikatnya sengaja ) la pulak Contest ni ..
Berminat nak join? Klik je kat banner. Kat situ ada terowong terus ke blog rumah penganjur =)
Gud Luck!
Cik Nin tag;
Selasa, 6 Disember 2011
Jumaat, 2 Disember 2011
Bersyukurkah kita selama ini?
Kita boleh mengengar dengan sempurna,
kita juga boleh melihat pelbagai warna
diaugerahkan lisan penutur kata,
diberikan anggota yang sempurna untuk diguna
Adakah kita cukup bersyukur selama ini?
Dalam menyatakan Terima Kasih Ya Allah
di atas segala anugerah yang terlalu tinggi ini...
Bersyukurlah kita?
Bila secebis kesusahan dikesali?
Secubit kekurangan dirunguti...
Secarik kelemahan disalahi
Sedarkah kita?
Betapa gelapnya dunia si buta,
Si bisu kelam untuk berkata,
Tetapi kita,
tidak pernah merasa semua itu
lantas menjadikan kita angkuh
membuatkan hati kita lupa dan leka
Bahawa kita,
hanya dipinjamkan
untuk memanfaatkannya
sementara cuma
Kerana keabadian itu hanya milik Allah Yang Maha Esa
Langgan:
Catatan (Atom)