Sabtu, 21 April 2012

BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI.



 Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Al- Insyirah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Al- Insyirah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Al-Insyirah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.Subhanallah.

** Perkongsian FB

Isnin, 16 April 2012

KELEBIHAN BISMILLAH 5


Bismillah 5 :
Antara amalan mengelak sihir dan santau adalah dengan selalu mengamalkan Bismillah 5.
Bacalah selalu sebagai amalan selepas solat, nak keluar rumah dan semasa nak tidur. Moga mendapat perlindungan Allah selalu.

BISMILLAH 5

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim

2. Bismillahish Shaafii

3. Bismillahil Kaafii

4. Bismillahil Mu’aafii

5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim

* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan

* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan

* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik

* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Antara fungsi Bismillah 5 ni:

*penawar bisa diri

*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

*penawar bisa-bisa badan

*penawar bisa batu merian

*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya

Sumber: Perkongsian FB

Bersyukur


Seorang kanak-kanak sedang meminum air dari lopak air yang diminum haiwan. Bertempat di kampung Duba Bule, pinggir bandar Moyale, berhampiran Oroma dan Somalia, dia terpaksa meminum air tersebut kerana sumber air yang terdapat di sana amat terhad.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ َلأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“ Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih ”. Surah Ibrahim : ayat 7

Bersyukurlah duhai sahabat-sahabatku sekalian kerana kita belum diuji oleh Allah SWT sampai ke tahap seperti ini.

Sumber: FB

Ahad, 15 April 2012

AMALAN IBU IMAM SHAFIE KETIKA MENYUSUKAN BELIAU




1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu'

2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan

3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri

4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa


Berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun.
Info dan panduan untuk ibu dan bayi anda.. Dipersilakan untuk comment,like atau share mana-mana yang dirasakan membawa manfaat :-)
by: Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim

Empat Waktu Terbaik Minum Air Masak




Dah jadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing- masing. Tapi, sebaik-baiknya biarlah AIR MASAK yang menjadi pilihan utama.

Kenapa air masak???

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka topik ini).

Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Kan bagus begitu...

Memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan?

Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur
Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi
Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan
30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!

Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!

‎~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah ~

** Sumber: Cik Nin ambil dari perkongsian di FB

Jumaat, 6 April 2012

Renungan Sayyidul Ayyam





Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap….

Pagi itu… Rasulullah SAW dengan suara yang terbatas memberikan khutbah.. “Wahai umatku… Kita semua ada dalam kekuasaan Allah & cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya…”

“Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Quran Dan Sunnahku..”
“Barang siapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku..”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah SAW yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu..

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca.
Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.
Usman menghela nafas panjang.
Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba………..

“Rasulullah SAW akan meninggalkan kita semua”.. Keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat……

Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah SAW yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu…………………..

=========================

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah SAW masih tertutup.

Sedang di dalamnya, Rasulullah SAW sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba di luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?”. Tanyanya…

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.
“Maaflah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah.
“Siapakah itu wahai anakku?”

“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.” Tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah SAW menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang……..

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia… Dialah malakul maut.”
Kata Rasulullah SAW …..

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya..

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah SAW menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebenarnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”…. Tanya Rasulullah SAW dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu…” Kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak menbuatkan Rasulullah SAW lega. Matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tudak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi…

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”.. Tanya Rasulullah SAW..

“Jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya’….” Kata Jibril….

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas…………………..

Perlahan ruh Rasulullah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini..” Perlahan Rasulullah SAW mengaduh.

Fatimah terpejam.
Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam.
Jibril memalingkan muka…

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah SAW pada malaikat pengantar wahyu itu…

“Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal…” Kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah SAW memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi……
“YA ALLAH!!!! Dasyatnya nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada UMATKU”…

Badan Rasulullah SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu..

Ali segera mendekatkan telinganya..
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum…
(peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu..”)

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan…….

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah SAW yang mulai kebiruan….
“Ummatii…. Ummatii… Ummatii…”

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu…..
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaih…

Betapa cintanya RasulullahSAW  kepada kita…..