Ahad, 29 Januari 2012

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

p/s: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

Oleh: Imam Muda Nazrul

Aurat Tuuu

Woman In Islam

Isnin, 16 Januari 2012

Cinta Sampai ke Syurga


Lamanya Cik Nin tak tulis apa- apa kat blog. 
Cik Nin  jumpa gambat ni kat FB tadi... tersentuh betul rasa hati meliha keakraban pakcik dan makcik ni. Amat jarang untuk kita saksikan situasi macam ni dalam masyarakat kita. Bukan tak ada ye... cuma jarang dan kalau ada pun, hanya segelintir sahaja.

Besarnya kuasa kasih sayang dan cinta. Ia mampu menjadi penyembuh yang luar biasa bagi pesakit. 
Ia juga menjadi pembakar semangat bagi setiap insan. Ajaran Islam sendiri menekankan tentang kasih sayang apatah lagi bila membabitkan antara suami isteri. Kasih sayang perlu dizahirkan sepanjang masa tak kiralah dengan apa jua cara sekalipun. 

Kenapa biasanya situasi akan beubah- ubah mengikut fasa kehidupan?  Masa mula kenal lain.. masa bercinta lain.. selepas kahwin berubah lagi sekali. Apatah lagi selepas punya anak dan cucu. Bertambah- tambah lainnya. Lain yang Cik Nin maksudkan ialah  dari  sudut penzahiran kasih sayang. 
Sudah berubahkan kasih? Atau sudah surutkah sayang di hati? Fikir- fikirkanlah ye..Institusi kekeluargaan diasaskan dengan keimanan dan disempurnakan dengan kasih sayang . Barulah cinta boleh membawa kita sampai ke syurga Ilahi. 

* Terpana dengan garapan Ustaz Hasrizal melalui  buku Aku Terima Nikahnya. Buah tangan yang cukup santai tapi sarat dengan mesej yang praktikal dan mudah difahami. 

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012


Selamat Datang Tahun Baru
Lupakan kedukaan tahun yang lalu,
Maafkan kesilapan orag lain terhadap kita,
Semoga Allah bukakan lembaran baru yang lebih bermakna buat semua.
Andainya kita dihadiahkan dengan kezaliman oleh insan lain.. 
biarlah Allah yang  menentukan balasannya.

Kerana...
kita adalah hambaNya
yang tidak akan pernah sunyi dari salah dan silap.
Lebihnya kita... 
kerana Allah sentiasa membuka 
peluang taubat dan jalan pulang sentiasa terbentang luas
Kembalilah ke jalanNya..
semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat