Isnin, 26 Ogos 2013

Mesir Bumi Berdarah

Jom! Bagi sesiapa yang berada di Kelantan, sama- sama kita selami dengan lebih dekat keadaan sebenar di bumi Mesir. 



Mesir dulunya tempat pengajianku. Mesir dulunya penuh dengan wangian persaudaraan. 
Masyarakat Mesir memang ramah, membuatkannya begitu dekat di hati. 
Sampai ke saat ini masih terkenangkan sahabat yang paling akrab dari Ardhul Kinanah, si prihatin Aisyah dan keluarganya. Dimanakah dia sekarang agaknya... masih selamatkah mereka di sana? atau sudah gugur sebagai syahid menemui Azza wa jalla.
 Aisyah Hamdi Abdul at Tawwab dan kembarnya si Abdul Rahman... mereka ku kenal sebagai Muslim yang kukuh akidahnya, andai syahid ketentuan bagimu, sesungguhnya kamu adalah insan terpilih.
  
Misriyyuun, sifatnya lantang, penuh keberanian. 
Syahid menjadi buruan, tanpa sedikit pun rasa keruan.









Isnin, 5 Ogos 2013

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI PERKHIDMATAN SMS SYARIKAT CELCOM DAN MAXIS


Khusus buat sesiapa yang tak berkesempatan untuk mengeluarkan zakat fitrah , ada alternatif yang boleh membantu anda. 

Kadar fitrah bagi Negeri Kelantan pada tahun ini ialah RM 7.00 seorang.

Penggunaan perkhidmatan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS
1. CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999serta ikuti arahan seterusnya
    (Tekan dan terus ke Manual Pembayaran Zakat Fitrah SMS Celcom)

    
2. MAXIS : Dail *222*3# serta ikuti arahan seterusnya
    [Bantuan cara pembayaran]
 Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil. Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :
   Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadhan 1433 H sehingga jam 6.00 petang sahaja.

Kredit kepada laman web MAIK