Rabu, 16 November 2011

RASULULLAH MENANGIS KERANA SIKAP WANITA

Ali r.a berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kalajengking dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapaRasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup."

Renungkanlah wahai muslimah .... betapa Rasulullah menyayangi umat baginda. Moga jadi panduan untuk kita semua. Wallaahu a'lam 

Sabtu, 12 November 2011

Majlis Khatam Peringkat PPD Kota Bharu 2011

Lenguh dari tungkus lumus majlis khatam peringkat sekolah Cik Nin belum reda, esoknya Ciknin bergegas ke SK Kem Desa Pahlawan pula bagi mengiringi murid khatam di peringkat PPD. Hanya dua orang murid mewakili setiap sekolah dan diiringi oleh guru masing- masing. Setiap sekolah diwajibkan membawa satu par pulut semangat dan bunga telur bagi memeriahkan majlis.  Ciknin pergi bersama  Kak Noreha, penyelaras j QAF sekolah Cik Nin dengan menaiki cik Myvi Cik Nin. Hehehe
    Majlis bermula agak lewat.... kira- kira jam 10 pagi walaupun dijadualkan akan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.45 tengahari. Penat memang penat... apatah lagi dengan cuaca yang panas terik. Analisa peperiksaan tahun tiga yang Cik Nin kena buat pun tak siap lagi ni. Sampai di sekolah jam 1.45 petang... Cik Nin terpaksa la buat OT ( cikgu ada istilah  OT ke) untuk siapkan analisa. Lepas ni cuti 3 hari sempena ulangtahun Keputeraan Sultan Muhammad V. Tak sabar nak cuti rasanya.

Ni ada beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.

Majlis Khatam Al Quran SKDH1

Pada 9 November yang lepas ( Rabu ) sekolah Cik Nin telah menganjurkan Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah. Tahun ini merupakan tahun pertama SKDH1 akan melepaskan murid tahun enam di bawah program j QAF. Semua murid telah khatam dan sebahagian besarnya adalah khatam bacaan masing- masing. Sebahagian kecil sahaja yang hanya khatam bacaan melalui kaedah BIG ( Baca Ikut Guru ).

     Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Azizi ( Pegawai j QAF di PPD KB. Juru khatam pula adalah Ustaz Fauzi ( GPI SK Kg. Sireh) Secara keseluruhannya, majlis amat meriah dan kami berjaya melakukannya dengan kerjasama yang baik. Anak didikku.... semoga kalian akan meneruskan lagi usaha untuk memperelokkan lagi mutu dan tahap bacaan walaupun telah khatam.


Ustaz Abd Rahim

Kerja- kerja sebelum majlis bermula

Berseri- seri dewan kami


 Pentas =)

Geng- geng jQAF bersama Ketua Panitia PAI dan GB (sebahagian je ni)

Pentas lagi 

Dipayungi bunga manggar (test... test...)

Macam nak sedondon pulak GB dengan Us Azizi..hehe 

GB, Us Azizi, Us Fauzi, Adik W.M Aliff yang memeperdengarkan bacaan pada pembukaan majlis. Siap kena puji ngan Us Fauzi lagi si Alif ni

Ole-ole tanda kenangan dari SKDH1


Para pelajar yang terlibat dengan majlis


Geram betul dengan line internet ni.... banyak gambar yang nak diupload... tapi lambatnya la nak upload. Cik Nin sambung lain kali la pulak ye ?

Sabtu, 29 Oktober 2011

Sabtu yang Penuh Keriangan

Tajuk entry macam kanak- kanak je kan. Hehe. Hari ni Cik Nin terlibat dengan pertandingan boling anjuran Biro Wanita NUTP Kelantan. Pertandingan melibatkan wakil- wakil sekolah dari Jajahan Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Bachok.  Agak ramai jugak la. Pertandingan diadakan di Mutiara Bowl, Kota Sri Mutiara, ( Billion KB ). Majlis bermula jam 10 pagi... ada la taklimat sikit2. Lepas tu apa lagi... Pertandingan pun bermula la. 
    Baling punya baling dah habis 2 frame. Hehe. Setiap kumpulan ada 3 orang. Kumpulan Cik Nin biasa2 je. Cuma dua orang selain Cik Nin memang dah biasa main boling. Cik Nin pulak.. baru nak kali ke dua nak bermesra dengan boling. 
   Tapi nampaknya itu semua tak jadi ukuran. Kumpulan Cik Nin dapat tempat PERTAMA. Siapa sangka .. kami pun macam x percaya je. Ye la.. tengok kumpulan lain hebat2 belaka. Cik Nin pun naik cuak mulanya. Rezeki menyebelahi kami nampaknya hari ini. Masing2 pulang dengan piala yang kiut serta hamper makanan. 

Posing2 sebelum berjuang. 

       Bersama anak buah yang menemani      
      
                     
                Nor dan Zue, penyokong 2RZ


Kejadian semasa pertandingan.

                         
Mata frame pertama

Mata frame ke dua. Kak T memang power. Asyik strike je


Mata keseluruhan bagi kumpulan 2RZ. Cik Nin dapat sikit je. Hehehe


Natijah selepas pertandingan;

Yeay! kamilah JUARA
Setelah berhempas pulas, akhirnya kami menang tempat pertama. 
Kak T pula dapat tempat pertama individu. Bakal mewakili NUTP Kelantan ke peringkat kebangsaan. Cayalah
 Barisan pemain bersama penyokong.


 Piala kemenangan dan cenderahati dari NUTP semasa pendaftaran peserta
Hadiah kemenangan bagi pemenang tempat pertana, sapa ye... 
kami la .... SKDH 1

Khamis, 27 Oktober 2011

Bertambahnya Usia


Kad ucapan dari Alim Bag. Tq for this cute card


           Kek dari Kak Za. Best sangat. Dah selamat dikendurikan di sekolah. Hehehe

Alhamdulillah... perkataan yang pertama Cik Nin ucapkan di atas pertambahan usia Cik Nin pada hari ni. Genaplah usia 33 tahun Cik Nin berada di atas bumi Allah ini. Telah bermacam jalan dan onak Cik Nin tempuhi selama ini. Alhamdulillah, syukur sangat- sangat di atas anugerah usia ini.
   Sejak 12 malam tadi Cik Nin dah menerima ucapan-ucapan bermakna di atas ulang tahun kelahiran Cik Nin di fb . Anak- anak didik semasa di Kolej Hafiz, rakan- rakan dan murid- murid di SKDH1 tak putus- putus memberikan ucapan dan doa. Terima kasih atas ucapan dan doa kalian bagi diri ini.
   Hari ni juga Cik Nin terima kunjungan perunding Prudental BSN  Cik Nin, Kak Murniza. Hehe... siap bawak kek lagi sempena birthday Cik Nin. Terima kasih Kak Za atas ingatan. Cik Nin x buat apa- apa sambutan pun sempena hari ulang tahun kelahiran ... cukuplah dengan memanjatkan rasa syukur di atas pertambahan usia.
Ya Allah... semoga pertambahan usiaku ini  meningkatkan keimananku terhadapMu ya Allah. Semoga hari  esok memberikan aku seribu satu kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.