Memaparkan catatan dengan label SKDH1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SKDH1. Papar semua catatan

Rabu, 13 Jun 2012

Kami Pasti Merinduimu

Murid- murid berbaris bagi mengiringi kepulangan Pn. Nek Ainon 

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Pn Hjh Nek Ainon atau mesra 
dengan panggilan Kak Nun berkhidmat di sekolah kami. 
Beliau merupakan jiran belakang Cik Nin :-) 
Almaklumlah meja kami berdua berdekatan. 
Posisi kami selalunya belakang mengadap belakang, 
tu yang jadi jiran belakang tu.
 Beliau berperwatakan sebagai seorang ibu yang lembut, 
baik hati dan tidak pernah putus dengan nasihat berguna kepada kami 
yang masih bertatih samada berkaitan dengan 
bidang perguruan atau kekeluargaan.

Pn. Nek Ainon diiringi guru- guru menuju pintu pagar utama sekolah

Semua berebut untuk bersalam 

Pastinya kami terutamanya Cik Nin amat - amat
merasai kehilangan Kak Nun.   


Berkerumun tanpa mempedulikan panas terik mentari

Terima kasih Kak Non. 
Segala nasihat dan panduan dari Kak Non amat kami hargai 
dan akan kami jadikan panduan sepanjang hidup

Selamat jalan Kak Non. Kami akan merinduimu di hari - hari mendatang

Andai berkelapangan,
kami sentiasa gembira menyambut kedatangan Kak Non di SKDH1.
Selamat bersara Kak Non.
Semoga beroleh keberkatan dan kesihatan yang berpanjangan.


Isnin, 21 November 2011

KEPUTUSAN UPSR 2011



Cerita ni macam dah terlewat je... tapi x pe... just for sharing kan. Keputusan UPSR 2011 dah diumumkan pada hari Khamis lepas (17 November 2011) . Alhamdulillah, keputsan UPSR sekolah Cik Nin tahun ni meningkat . Seramai 70 orang murid telah mendapat 5A. Tahniah san syabas buat semua murid yang berjaya... semoga kalian akan meneruskan kejayaan demi kejayaan di masa akan datang. Juga tahniah buat  Guru Besar SKDH1, Pn Hjh Azizon Abdullah, PK1,Pn. Hjh Kamariah bt Muhamed dan juga  rakan2 setugas yang selama ini tekun mendidik dan membimbing anak bangsa. Teruskan usaha mendidik, semoga kita mampu membimbing dengan penuh keikhlasan dan ketabahan.