Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan

Rabu, 13 Jun 2012

Kami Pasti Merinduimu

Murid- murid berbaris bagi mengiringi kepulangan Pn. Nek Ainon 

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Pn Hjh Nek Ainon atau mesra 
dengan panggilan Kak Nun berkhidmat di sekolah kami. 
Beliau merupakan jiran belakang Cik Nin :-) 
Almaklumlah meja kami berdua berdekatan. 
Posisi kami selalunya belakang mengadap belakang, 
tu yang jadi jiran belakang tu.
 Beliau berperwatakan sebagai seorang ibu yang lembut, 
baik hati dan tidak pernah putus dengan nasihat berguna kepada kami 
yang masih bertatih samada berkaitan dengan 
bidang perguruan atau kekeluargaan.

Pn. Nek Ainon diiringi guru- guru menuju pintu pagar utama sekolah

Semua berebut untuk bersalam 

Pastinya kami terutamanya Cik Nin amat - amat
merasai kehilangan Kak Nun.   


Berkerumun tanpa mempedulikan panas terik mentari

Terima kasih Kak Non. 
Segala nasihat dan panduan dari Kak Non amat kami hargai 
dan akan kami jadikan panduan sepanjang hidup

Selamat jalan Kak Non. Kami akan merinduimu di hari - hari mendatang

Andai berkelapangan,
kami sentiasa gembira menyambut kedatangan Kak Non di SKDH1.
Selamat bersara Kak Non.
Semoga beroleh keberkatan dan kesihatan yang berpanjangan.


Khamis, 29 Mac 2012

Makin Ganas Nampaknya




RAWANG: "Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit," kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas.


"Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman. 

"Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.

Selasa, 20 Mac 2012

Awasi Anak Anda


Ini adalah kes terbaru. Cik Nin dapat ni daripada FB.
Kejadian culik menculik ni nampaknya semakin menjadi- jadi di negara kita.
Entah kenapa tergamak perkara tersebut dilakukan. 

Ibu- ibu, bapa- bapa sekalian,
Tolonglah prihatin dengan anak- anak.
Ke mana mereka, di mana mereka.
Beringat sebelum kena,
kerana ada mata- mata liar yang memerhati,
untuk mengambil kesempatan dan peluang.

Anak- anak,
Janganlah terlalu berani,
keluar bersendirian,
Tanpa izin dan pengetahuan ibubapa,
Malang datang tanpa isyarat,
Datangnya tanpa diduga.

Disinilah perlunya sikap 'jaga tepi kain orang'
agar kemaslahatan semua tetap terjaga.

Semoga Adik Siti Nur Fatihah dapat ditemui dalam keadaan selamat secepat mungkin.
Sama- samalah kita doakan. 

Ahad, 18 Disember 2011

Kematian Syeikh Emad


Jumaat ( 16 Disember 2011)  Al Fatihah....البقاء لله Syeikh Emad kembali kerahmatullah akibat kesan tembakan oleh individu yg tidak dkenal pasti kerana berpakaian biasa..ketika melalui kawasan Jabatan Kementerian Mesir pagi tadi. Setakat ini sasatan sedang dijalankan: Sumber D.Ifta` mengatakan bahawa Allahyarham dikira Syahid disisi Allah. - tidak diketahui kenapa Allahyarham menuju ke Jabatan Kementerian. - tidak ada penjelasan lagi drpd. Sumber maklumat selepas beliau ditembak. - D.Ifta` menegaskan, sekiranya Allahyarham ke sana bertujuan utk Demo, itu adalah urusan peribadi beliau. Wallu a`lam.


Sabtu, 17 Disember 2011

Ariff Alfian Rosli Pelajar Yang Hilang Dan Kini Didapati Berkahwin Dengan Teman Lelakinya, Jonathan

ariff alfian
Upacara sarung cincin. Aduhai 

Gambar diambil dari blog cikgudahlia

Terkejut betul dengan cerita ni. Nauzubillahi min zaalik. Bagaimana seorang anak muda muslim yang pernah menjadi ketua pengawas di sekolahnya dan juga pernah menjadi pelajar terbaik SPM sekolahnya boleh terlibat dengan semua ni. Si Ariff ni dapat tajaan PETRONAS untuk belajar di bidang perubatan di Dublin. Ibubapanya dah 8 kali berulang alik ke Dublin mencari si anak selepas teroutus hubungan.

Cari punya cari.. pun tak jumpa jugak. Akhirnya keluar berita yang menyesakkan dada ni. Kesiannya kat mak ayah... dah la jaga, didik dari kecil.. hantar anak belajar sampai ke Dublin. Tapi akhirnya ini yang berlaku. Memburukkan lagi keadaan, ayah Ariff selaku penjamin pertama anaknya ni telah disaman oleh PETRONAS da dikehendaki membayar balik RM 890 000. Hampir satu juta tu. Keadaan ini tentunya memberikan tekanan yang lebih hebat kepada keluara beliau.

Apapun, diharapkan keluarga Ariff  tabah menghadapi dugaan Ilahi. Kita akan sentiasa diuji dalam kehidupan dunia. Cuma yang berbezanya tahap dan bentuk ujian. Sama- salah kita doakan moga beliau diberikan hidayah oleh Allah dan segera kembali ke jalan yang diredhai Allah. Perkara sebegini  telah beberapa kali berlaku kepada orang Malaysia. Insan yang genius tapi akhirnya gagal mengemudi kehidupan. Semoga mereka semua akan mendapat hidayah Allah.

Kalau nak tahu berita lanjut, bolehlah ke blog Abang Nara dan  blog cikgudahlia .

Apa yang Cik Nin paparkan ni  adalah untuk menjadi iktibar bagi kita semua. Agama adalah teras dalam kehidupan kita walau di mana kita berada.  Apa yang berlaku jadikanlah sempadan, semoga ia tidak berulang lagi. Wallaahu a'lam.

Isnin, 28 November 2011

Kenapa ini yang harus terjadi?


KUALA LUMPUR: Seorang ibu berusia 75 tahun yang uzur dan lumpuh maut ‘disembelih’ anak lelakinya ketika dia tidur nyenyak di banglo di Taman Bukit Serdang, di sini, pagi semalam. Dalam kejadiaAlangkn jam 10 pagi itu, suspek berusia 35 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental mengambil pisau di dapur rumah mereka dan mengelar leher ibunya yang tidur di atas katil di ruang tamu. 

Difahamkan, ketika kejadian hanya mereka berdua berada di rumah dan suspek yang menerima rawatan di Unit Psikiatri, Hospital Serdang (HS), di sini, diberi tanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh memandangkan suspek tidak bekerja.


Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 10.45 pagi.



“Hasil soal siasat seorang anak mangsa iaitu kakak suspek mendakwa dia datang ke rumah berkenaan untuk berjumpa ibu dan adik lelakinya namun terkejut apabila mendapati ibunya terbaring berlumuran darah.



“Sebaik menyedari kehadiran kakaknya, suspek cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sebelum rebah ke lantai dan kakak membawanya ke HS untuk menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sabtu, 12 November 2011

Majlis Khatam Peringkat PPD Kota Bharu 2011

Lenguh dari tungkus lumus majlis khatam peringkat sekolah Cik Nin belum reda, esoknya Ciknin bergegas ke SK Kem Desa Pahlawan pula bagi mengiringi murid khatam di peringkat PPD. Hanya dua orang murid mewakili setiap sekolah dan diiringi oleh guru masing- masing. Setiap sekolah diwajibkan membawa satu par pulut semangat dan bunga telur bagi memeriahkan majlis.  Ciknin pergi bersama  Kak Noreha, penyelaras j QAF sekolah Cik Nin dengan menaiki cik Myvi Cik Nin. Hehehe
    Majlis bermula agak lewat.... kira- kira jam 10 pagi walaupun dijadualkan akan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.45 tengahari. Penat memang penat... apatah lagi dengan cuaca yang panas terik. Analisa peperiksaan tahun tiga yang Cik Nin kena buat pun tak siap lagi ni. Sampai di sekolah jam 1.45 petang... Cik Nin terpaksa la buat OT ( cikgu ada istilah  OT ke) untuk siapkan analisa. Lepas ni cuti 3 hari sempena ulangtahun Keputeraan Sultan Muhammad V. Tak sabar nak cuti rasanya.

Ni ada beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.

Majlis Khatam Al Quran SKDH1

Pada 9 November yang lepas ( Rabu ) sekolah Cik Nin telah menganjurkan Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah. Tahun ini merupakan tahun pertama SKDH1 akan melepaskan murid tahun enam di bawah program j QAF. Semua murid telah khatam dan sebahagian besarnya adalah khatam bacaan masing- masing. Sebahagian kecil sahaja yang hanya khatam bacaan melalui kaedah BIG ( Baca Ikut Guru ).

     Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Azizi ( Pegawai j QAF di PPD KB. Juru khatam pula adalah Ustaz Fauzi ( GPI SK Kg. Sireh) Secara keseluruhannya, majlis amat meriah dan kami berjaya melakukannya dengan kerjasama yang baik. Anak didikku.... semoga kalian akan meneruskan lagi usaha untuk memperelokkan lagi mutu dan tahap bacaan walaupun telah khatam.


Ustaz Abd Rahim

Kerja- kerja sebelum majlis bermula

Berseri- seri dewan kami


 Pentas =)

Geng- geng jQAF bersama Ketua Panitia PAI dan GB (sebahagian je ni)

Pentas lagi 

Dipayungi bunga manggar (test... test...)

Macam nak sedondon pulak GB dengan Us Azizi..hehe 

GB, Us Azizi, Us Fauzi, Adik W.M Aliff yang memeperdengarkan bacaan pada pembukaan majlis. Siap kena puji ngan Us Fauzi lagi si Alif ni

Ole-ole tanda kenangan dari SKDH1


Para pelajar yang terlibat dengan majlis


Geram betul dengan line internet ni.... banyak gambar yang nak diupload... tapi lambatnya la nak upload. Cik Nin sambung lain kali la pulak ye ?