Jumaat, 11 Ogos 2023

JOM KELUAR MENGUNDI


Setelah sekian lama, 6 buah negeri akan menghadapi pilihanraya ke 15 pada 12 Ogos 2023. Menjadi tanggungjawab setiap warga Malaysia untuk keluar mengundi, sekaligus menentukan pemilihan pemimpin sesi seterusnya.

Jom semua warga Malaysia... tunaikan amanah kita sebagai rakyat Malaysia. Jangan lupa mengundi 


Jumaat, 16 Januari 2015

Jom Jimat

1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung
6. Potong kad kredit jadi 2
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju diMyidin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Nelopah
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. Mesyuarat keluarga tentang belanja
39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya
40. Didik nafsu

Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia.

Jumaat, 9 Januari 2015

RPT 2015


Para guru boleh merujuk ke sini untuk mendapatkan RPT 2015. Ini adalah untuk memudahkan persediaan bagi sesi persekolahan yang hampir bermula.

Rabu, 7 Januari 2015

JOM JIMAT : 15 TIPS BERJIMAT DARIPADA Q Rhy Mey

Cik Nin kongsikan tips berjimat super duper daripada Q Rhy Mey untuk kita aplikasikan bersama. Duit yang dijimatkan dari pelbagai perbelanjaan tu boleh la spend untuk travel ye  dak?

                           tips berjimat untuk travel 1

Ada sahabat tanya saya macamana saya boleh jimat duit dan travel walaupun saya tidak kaya? Berdasarkan pengalaman sendiri, ini yang saya lakukan beberapa tahun lepas.


1. Yang belum ada kereta, kumpul duit tiap2 bulan semaximum yang boleh, beli kereta 2nd hand secara tunai dan pastikan kereta berkeadaan baik. Contoh, kancil RM6k-RM8k. Jangan fikir negatif tentang maintenance/repair/services nanti. Guna dan pandu dengan cermat, maintenance services kerap mengikut jadual. Maintain kereta dan usah berangan untuk tukar kereta. Di sini anda telah jimat jika ansuran bulanan yang dianggarkan RM500-RM1k setiap bulan. Jika setahun tentu RM6,000-RM12,000!



2. Jika anda punyai kereta, kekalkan kereta anda walaupun setelah habis membayar sepenuhnya. Usah bermimpi untuk tukar kereta baru. Cuba kekal dalam 6 bulan, anda akan dapati ada duit lebihan contoh RM500 sebulan, 6 bulan tentu sudah ada RM3000 dalam tangan. Jika setahun, tentu RM6000!


3. Bayar bil secara lebihan. Jika bila anda RM75, bayar RM100. Tetap bayar lebih setiap bulan dan jangan fikir tak perlu bayar jika 2-3 bulan akan datang tengok bil negatif (contoh negatif -RM25 yakni TNB hutang kita). Displinkan diri bayar sampai hujung tahun. Anda akan dapati bil anda telah capai -RM300. Jadi, bulan berikutnya anda ada duit lebih dan tak perlu risau setiap bulan untuk bayar bil. Pastikan bayar bil secara online, bayar di kaunter tidak dibenarkan bayar lebih.

4. Berhenti merokok. Maaflah ya perokok. Anda boleh jimat antara RM120-RM200 sebulan. Mungkin lebih untuk perokok tegar.

5. Jangan membuat pinjaman untuk apa-apa seperti pinjaman peribadi, pinjaman membeli saham, tak perlu beli insurans hayat jika anda betul-betul berjimat untuk beberapa tahun dan jaga kesihatan anda yang paling utama agar tidak sering jatuh sakit.

6. Saya sudah hampir 10 tahun berhenti langgan astro. Saya jimat RM1200 setahun. Bermakna saya sudah jimat RM12k. Saya jarang tonton tv sebab saya selalu pulang lewat. Jika ada masa tersisa hanya 1 jam itu pun rasa tak berbaloi langgan astro. Jika mahu tonton, saya tonton melalui youtube (jika ada).

7. Kurangkan berbelanja makanan minuman mewah di luar. Tentu dapat jimat RM150-RM250 sebulan.

8. Jika ke tempat kerja, guna kereta separuh jalan, parking berhampiran stesen dan naiki tren atau bas. Anda sudah jimat separuh tangki petrol kereta anda. Contoh jika sebulan kos petrol anda RM400, anda sudah jimat RM200.

9. Elakkan shopping barang yang tak perlu. Jika setiap bulan berbelanja untuk pakaian, contoh RM150-RM200, anda sudah jimat RM200. Tak perlu risau, nanti semasa travel anda boleh shopping, barang overseas lagi.

10. Kurangkan penggunaan telefon. Berjumpa jika perlu berbual lama. Berbual hal yang bermanfaat sahaja. Ini dapat mengurangkan kos dan mungkin mengurangkan dosa bergosip atau mengumpat atau fitnah. Jangan marah aa. Anda boleh jimat separuh atau mungkin lebih. Jika sebelumnya, penggunaan telefon saya mencecah RM90 sebulan, kini RM30 bertahan untuk sebulan. Saya jimat RM720 setahun.

11. Jangan lupa banyakkan bersedekah kepada yang layak, terutama kepada ibu bapa, kepada keluarga, dan kepada yang layak dan berhak. Jangan kedekut kerana bersedekah tidak akan membuat anda miskin, malah Allah swt akan membantu anda melalui orang-orang yang terpilih tetapi jangan terlalu berharap sangat nanti anda kecewa tapi lakukan dengan penuh ikhlas tanpa berkira-kira. Jika anda rajin bersedekah, orang yang mahu berhutang pun akan terasa malu dengan anda sebab anda pun bukan orang kaya. Inshaallah dijauhkan oleh pencuri, pencopet, penyamun, dll.

12. Rajin solat dhuha, dekati Allah swt. Solat tahajjud jangan tinggal juga solat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Bangun sebelum adzan subuh dan siap-siap solat serta jangan tidur semula.

13. Berfikir positif tentang semua perkara dan elakkan berfikiran negatif. Niat positif, fikir positif, berkata positif dan bertindak positif, hasilnya akan terbaik. Displinkan diri itu paling penting, usah terpengaruh dengan anasir yang kurang sihat. Contoh, diajak beli kereta baru.

14. Banyak lagi faktor yang mempengaruhi bukan hanya sekadar menjimat duit. Dan anda boleh tambah sendiri. Tak perlu join bisnes buat duit berjuta-juta ria yang belum tentu terjamin anda menjadi seorang jutawan.

15, Anda tak buat, anda takkan faham sendiri sebab saya buat ini daripada pengalaman sendiri, tak pergi kelas atau kursus pun.

~Travel doesn't need you to become rich~

Credit to Q Rhy Mey

Ahad, 26 Oktober 2014

Missing Both of Them Madly

Its my brithday soon. 36 years already i was live in this beautiful world. Lots of sweet and bitter, smiles and tears that i had in my life. For all of that.. i want to be always a grateful person. Even i do always crying inside.. behind the wall of my life. I want to change all my tears to become a strenght for me. To be a super strong person within this left period of life. For My late Mum and My late Dad... i always thankful for you both for giving me your true love. A love that i never see it after you both back to The Almighty. I always pray .. may Allah always giving rahmah and maghfirah for you both. On my birthday night..  i am more missing you both. With a deep missing... its endless untill we meet again insya Allah. Al Faatihah for both of my parents.

Isnin, 8 September 2014

Who Shares Your Deepest Longings

A soulmate is someone who has locks that fit our keys, and keys to fit our locks. When we feel safe enough to open the locks, our truest selves step out and we can be completely and honestly who we are; we can be loved for who we are and not for who we’re pretending to be. Each unveils the best part of the other. No matter what else goes wrong around us, with that one person we’re safe in our own paradise. Our soulmate is someone who shares our deepest longings, our sense of direction. When we’re two balloons, and together our direction is up, chances are we’ve found the right person. Our soulmate is the one who makes life come to life.  ― Richard Bach


Rabu, 11 Jun 2014

Keep Breathing

LIFE IS TOUGH. 
KEEP BREATHING NO MATTER HOW MUCH YOU HURTED... HOW MUCH ITS BROKEN YOU

Sabtu, 29 Mac 2014

Shalwati dan Azizul Raheem dipenjarakan di Sweden


Dukacita mendengar pasangan  Shalwati Norshal dan Azizul Raheem dijauhkan hukuman penjara 
di Sweden. Didoakan semoga mereka dan keluarga tabah menerima ujian ini dan semoga ada hikmah 
besar di sebalik kejadian ini. 

Pn. Shalwati dikenakan hukuman penjara 14 bulan dan suaminya Azizul Raheem pula dikenakan hukuman 10 bulan. Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada kita semua. Anak- anak adalah tanggungjawab ibubapa. Merekalah saham dunia dn akhirat ibubapa. Didiklah anak- anak dengan penuh keikhlasan berlandaskan tuntutan Islam. Setiap ujian dalam mendidik anak akan diganjari olehNya.  

Skim MyHome


1. Muat turun borang permohonan menerusi
 i-Laman web Jabatan Perumahan Negara
 boleh klik di http://ehome.kpkt.gov.my/
ii- Pejabat Setiausaha Negeri di seluruh negara

2. Borang permohonan dibuka mulai 1 APRIL 2014

Boleh la pakat-paka mohon ye!

Ahad, 23 Mac 2014

Our Beloved HM


Selamat Bersara Bonda,
Pastinya kami akan sunyi
tanpa suara lantangmu
tanpa kelibat bayangmu
tanpasenyum manismu

Tegasmu bernada mendidik
Lantangmu berbaur kasih

Alangkah...
Alangkah rindunya kami padamu
meski baru semalam majlis persaraanmu

Tujuh tahun bersamamu
Seawal hari pertamakhidmatku di sini 
mencurah bakti di SKDH1
Bukan sedikit kasih yang tersemat
Bukan alang  ukhuwah yang bertaut

Pastinya
Kami akan lebih merinduimu
Serasa terlalu awal Bonda bersara
Serasa betapa kami tidak merelakan

Selamat bersara Bonda,
Moga hari-harimu dipenuhi kebahagiaan
Moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan
di sepanjang usia dipayungi keberkatan

Sesungguhnya Kami Sayangkanmu 
WE LOVE YOU
WE WILL MISS YOU

Rindu Sama Kamu lil Asyraf


Keep Hope and Pray for MH 370


Sabtu, 15 Mac 2014

McD? NO


A Beautiful Story About Love



Beautiful story.....A very poor man lived with his wife.

One day, his wife, who had very long hair asked him to buy her a comb for her hair to grow well 
and to be well-groomed.

The man felt very sorry and said no. He explained that he did not even have enough money to fix the 
strap of his watch he had just broken.

She did not insist on her request.

The man went to work and passed by a watch shop, sold his damaged watch at a low price and 
went to buy a comb for his wife.

He came home in the evening with the comb in his hand ready to give to his wife.

He was surprised when he saw his wife with a very short hair cut.

She had sold her hair and was holding a new watch band.

Tears flowed simultaneously from their eyes, not for the futility of their actions, 
but for the reciprocity of their love.

MORAL: To love is nothing, to be loved is something but to love and to be loved by the one you love,that is EVERYTHING. Never take love for granted.